Friday, July 13, 2012

Aku Jadi SHO - Safety Health Officer

Selamat Datang Ke Blog Aku Jadi SHO...
Kemaskini : 19.5.2021

Assallamualaikum,
Terimakasih buat anda yang sudi berkunjung ke blog saya ini.'Aku Jadi SHO"..Saya akui dan faham situasi anda...anda sedang mencari ,search serta  google dan terjumpa blog saya ini kerana anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang SHO atau Safety Health Officer...Tahniah kerana anda berjaya menjumpai blog saya ini..Sila baca maklumat seterusnya dan juga ruangan sessi soal jawab dalam blog ini supaya anda lebih memahami tentang apa itu SHO...

Saya sebenarnya ingin berkongsi berkaitan bidang Safety ini ...kerana saya merupakan salah seorang dari SHO yang terdapat di dalam negara kita ini..dan saya juga bukan seorang yang terbaik dikalangan SHO di Malaysia ini..Saya juga masih belajar,masih merangkak dan tidak mempunyai pengetahuan luas di bidang Safety ini..Saya menulis dari apa yang ada pada diri saya,kisah diri saya,pengalaman saya dan saya cuma mampu berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada pembaca blog saya..Sekurang-kurangnya,ilmu yang menafaat dapat dikongsi bersama pembaca yang terjumpa blog saya ini.Blog ini juga bukan jurucakap atau wakil dari pusat Latihan atau mana-mana Institusi,kolej mahupun universiti yang menyediakan kursus SHO serta apa jua yang berkaitan..Saya sekadar berkongsi tentang diri saya sebagai seorang SHO dan pengamal safety (OSH Practicioner) di Negaraku Malaysia..

Siapa Saya ??
umur saya 6 bulan...masih baby

Saya Mohd Rosly Abd Jalil..berasal dari Kg Chinchin,Jasin,Melaka....dilahirkan dari kalangan keluarga yang susah dan tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi..Saya bermula dengan pembelajaran asas di Sekolah Kebangsaan Chinchin,Jasin,Melaka dan terus melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara,Jasin,Melaka...Selepas selesai SPM,pelbagai kerja saya lakukan dengan membantu ibubapa saya di bendang (sawah),bekerja sebagai penoreh getah,pekerja buruh binaan dan penebar roti canai...Sehinggalah saya bekerja sebagai seorang kakitangan awam di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin,Melaka selama 6 tahun 4 bulan...Saya meletakkan jawatan sebagai seorang kakitangan kerajaan dan terus menyambung pelajaran saya di IKM Jasin..Selepas selesai pengajian di IKM selama setahun setengah,saya mengikuti latihan praktikal selama 3 bulan di Advance Part Industry dan 3 bulan di Mintye Metal,Air Keroh,Melaka.Selesai latihan praktikal,saya di tawarkan mengikuti latihan selama beberapa bulan di Seoul,Korea Selatan.Selesai tamat latihan di "Negara K Pop" tersebut,saya telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat Industri Multinasional iaitu Samsung Corning di Senawang,Seremban,Negeri Sembilan selama lebih 20 tahun..semasa di syarikat tersebut,saya mula menceburi dan berjinak-jinak dibidang Safety and Health ini..Bermulalah kisah hidup saya sebagai SHO (Safety Health Officer) yang ingin saya kongsikan bersama semua pembaca blog saya ini....
Saya kini..


Bagaimana Anda Ingin Bermula Sebagai seorang SHO ??

Sebenarnya semua orang tak tahu nak bermula bagaimana dan apa tips yang perlu diikuti termasuklah diri saya dulu ..Semua orang memang 'zero knowledge' dibidang Safety sebelum menyertai kursus SHO ini(termasuk diri saya sendiri)...jangan bimbang,selepas anda menghadiri Kursus SHO ini selama 22 hari, barulah kita tahu apa itu SHO (Safety Health Officer)..,jadi kalau nak cerita lengkap pada waktu sekarang,memang susah nak saya huraikan sebab dikhuatiri nanti orang yang baru nak menjadi SHO akan menjadi lebih pening memahaminya..Apapun,saya cuba kongsikan perjalanan karier saya sebagai SHO..

Apakah Kelayakan Seseorang untuk menjadi seorang SHO?

Mereka yang memiliki SPM, sudah boleh mendaftar untuk mengikuti Kursus SHO (Safety Health Officer) ini di NIOSH...Rajin-rajin search laman web Niosh..refer website Niosh ini : http://www.niosh.com.my
Kena lah rajin sikit google info dari laman web tersebut..Kalau tak faham lagi,hubungi terus pihak NIOSH..kadang-kadang ada maklumat terkini yang NIOSH iklankan,so boleh dapat dari situ...Tak perlu hubungi saya sebab saya bukan bekerja di NIOSH pun..saya sekadar berkongsi info bagaimana ingin menjadi sebagai seorang SHO sahaja.Kalau keputusan SPM tak memuaskan dan tak layak mengikuti kursus SHO ???..wah ! soalan tu saya susah nak jawab..kena hubungi pihak NIOSH atau merayu dan sebagainya..Bab tak layak saya tak boleh nak tolong yer..Sebab ramai yang bertanya saya bagaimana kalau tak cukup syarat ???..Jawapan saya senang sahaja,cukupkan syarat ...itu sahaja...Saya harap pembaca faham dan tak akan bertanya soalan sebegitu lagi kat saya sebab saya tak boleh ubah keputusan exam anda.sebab saya sekadar seorang SHO jer dan bukan Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan..hehehhe

Disamping itu,ada juga institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan kursus berkaitan Safety atau OSH (Occupational Safety and Health) ini dari peringkat Diploma sehingga ke Master/PhD..kena rajin search dan tanya bahagian pengambilan pelajar di universiti berkaitan...Ada juga IPTS/Kolej swasta  yg berdaftar dgn Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). .Walau bagaimanapun,kena check betul2..kadang2 ada juga sijil dan diploma OSH yang tidak diiktiraf oleh DOSH (Department of Occupational Safety & Health) dari institusi tersebut..Check betul-betul pusat latihan yang diiktiraf oleh DOSH..jangan pulak dah abis belajar baru tau pusat latihan tersebut tidak diiktiraf oleh DOSHJ...ramai gak yang tanya soalan tersebut kat saya..saya terus jawab,no komen sebab saya ni sekadar SHO saja...apapun,try serach kat sini : http://www.dosh.gov.my .. 

Apapun,selalunya pihak NIOSH yang cukup sinonim dan popular dalam menyediakan training atau kursus berkaitan SHO ini.... Selalunya kursus SHO ni  akan ambil masa 22 hari untuk yang fulltime (Isnin - Jumaat) dan untuk partime  lebihkurang 4 bulan  (sabtu dan ahad) pada setiap minggu. Harga lebih kurang RM4950 (semasa zaman saya dulu...2008) termasuk kos untuk 4 paper exam..Apabila tamat kursus SHO tersebut (22 hari) ,anda akan menerima sijil kehadiran..Apabila sudah ada sijil kehadiran ini,anda layak untuk menduduki peperiksaan SHO tersebut. sekarang ada 4 kertas peperiksaan SHO yang perlu anda duduki.Akan datang saya tak pasti berapa kertas exam..sebab saya adalah sekadar SHO sahaja..maklumat lanjut,hubungi....dan
Refer website nih : http://www.niosh.com.my



Oklah,Saya sertakan sekali maklumat dan kandungan berkaitan Kursus SHO untuk mereka yang berminat mendalami bidang SHO ini...Sebelum lupa,pihak NIOSH juga memberi anda pilihan untuk mempelajari bidang SHO melalui interaksi atau nota samada dalam Bahasa Malaysia atau English...So,boleh pilih sendiri samada buku nota didalam BI atau BM...ikut kesesuaian anda...Walaupun slide NIOSH semuanya dalam BI,tetapi biasanya penceramah berinteraksi dalam Bahasa Malaysia..jangan risau...

SHO - NIOSH CERTIFICATE PROGRAMME (maaf content ni dalam BI)..
DURATION: (Tempoh ) Kursus SHO

FULL-TIME: 22 DAYS
MODULAR: 22 DAYS (5/6 DAYS PER WEEK)
PART-TIME: 22 DAYS (SATURDAY AND SUNDAY ONLY)
LANGUAGE: English/Malay

SHO/TR (Full-time)
SHOM/TR (Modular)
SHOP/TR (Part-time)
HRDF SCHEME: SBL (ini skim utk mereka yang sedang bekerja dan pihak majikan boleh claim HRDF)

COURSE FEES:  (kos ini mungkin berubah mengikut keadaan..hubungi NIOSH untuk maklumat lanjut)
PENINSULAR M’SIA : RM 4,000.00
SABAH and SARAWAK: RM 4,400.00
25% discount on Course Fee for Members of NIOSH and Government Agencies.


OBJECTIVE:
The programme will:
  • Enhance the candidate’s knowledge in matters pertaining to occupational safety and health concepts and principles
  • Train the candidates, enabling them to perform OSH activities/programmes to meet the requirements of OSHA and its Regulations
  • Prepare the candidates for an examination leading to their designation as competent Safety and Health Officers (SHO)
TARGET GROUP:
Under the Occupational Safety and Health Act 1994, certain classes of industries are required to employ a Safety and Health Officer. This course is intended to train competent individuals to hold this responsibility.
  • Safety Personnel/Managers
  • Supervisors
  • OSH Practitioners
  • Safety and Health Committee Members
  • Unregistered Safety and Health Officers
  • Engineers, Designers and Architects
  • Interested Individuals
COURSE CONTENT
TOPICS:
Module I – Occupational Safety and Health Management
  • Historical Perspective (Local and International)
  • Principles of Loss Prevention
  • OSH Policy, Organisation and Arrangements
  • Documentation, Manuals, Procedures and Instructions
  • Hazard Identification, Risk Assessment and Control
  • Incident Investigation
  • First Aid at Work
  • Emergency Plan and Preparedness
  • Performance Measurement and Monitoring
  • OSH Promotion and Communication
Module II – Occupational Safety and Health Legislation
  • The Setting Up and Importance of Safety and Health Committees
  • Sources of Information on other International Acts and Regulations
  • Historical Background of the OSH Legislation
  • Common Law Duties. The Tort of Negligence Vicarious Liability
  • Occupational Safety and Health Act 1994
  • Factories and Machinery Act 1967
  • The Approach of the Act and its 17 Regulations
  • Regulations on Health
  • SOCSO
  • Fire Services Act 1988 and Regulations: Feb 1995
  • Introduction and Overview of other related Legislations and Codes of Practices
Module III – Occupational Health
  • Occupational Health Overview
  • Occupational Diseases and Health Related Problems
  • Fundamentals of Toxicology
  • Occupational Health Standards
  • Occupational Health Monitoring and Surveillance
  • Ionising and Non-Ionising Radiation
  • Chemical Hazard Management
  • Specific Hazards
  • Pesticides
  • Occupational Dermatitis
  • Noise and Hearing Conservation Programme
  • Ventilation and Indoor Air Quality
  • Confined Space Hazards
  • Heat Stress
  • Respiratory Protection and Chemical Protective Clothing
  • General Health Promotion and Healthy Lifes
Module IV – Occupational Safety
  • Machinery Hazards
  • Safeguarding of Machinery
  • Safe Machine Operation
  • Maintenance of Machine, Guards and Tools
  • General Area Fencing
  • Housekeeping and Physical Arrangements
  • Safe Devices and Operation of Pressurised Equipment
  • Electrical Safety
  • Site Visit
  • Safety Devices and Safe Operation of Hoisting Machinery
  • Construction Safety
  • Safety of Hand and Portable Power Tools
  • Material/Manual Handling
  • Office Safety
  • Ergonomics
  • Defensive Driving
  • Personal Protective Equipment (For Safety)

Apakah Langkah Seterusnya selepas selesai Exam SHO ??

Selepas selesai semua exam  SHO dan lulus, seseorang SHO mestilah bekerja selama 3 tahun dlm apa2 bidang OSH (Safety). Selepas 3 tahun, boleh la mendaftar di JKKP..Kenapa 3 tahun  diperlukan dan mesti dibidang OSH (Occupational Safety And Health )??...tu kena tanya DOSH sendiri.sebab saya sekadar SHO sahaja bukan pencipta undang-undang SHO..ikut ajer peraturan tu kalau nak jadi SHO...hehehhee...
Competent SHO adalah SHO yg berdaftar dgn JKKP...Competent adalah bermaksud orang yang berkelayakan ...Kalau dah layak sebagai Competent  SHO,anda akan dianugerahkan Green Book (Buku Hijau) sepertimana yang saya perolehi sekarang...Green Book ni sama macam lesen memandu jugak...ada lesen bermaksud anda sudah jadi "competent driver" ..
Dalam ertikata yang lain : SHO ditauliahkan oleh DOSH dan lesen memandu pula ditauliahkan oleh JPJ...faham ??

Apa beza kalau tak ada Green Book SHO ??

Kalau tak ada Green Book bermaksud anda bukan orang yang berkelayakan atau competent di bidang Safety..tetapi anda masih boleh bekerja di bidang safety...Sama juga,anda boleh memandu kenderaan walaupun anda tak ada lesen..tetapi anda tidak diiktiraf sebagai pemandu yang berlesen...Dah jangan pening-pening kepala tentang Green Book SHO ni...

Ada yang gagal dapat Green Book SHO ?

Ya memang ada..mungkin disebabkan tidak cukup pengalaman dalam bidang safety selama 3 tahun atau tidak ada rekod atau bukti bekerja di bidang safety atau juga menipu maklumat apabila diminta oleh DOSH..

Apakah sebenarnya kerjaya sebagai SHO atau Safety Health Officer.???

Safety and Health Officer (SHO) atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merupakan seorang pegawai yg dilantik oleh majikan untuk mentadbir dan menguruskan sistem keselamatan serta kesihatan di tempat kerja samada sektor industri, perlombongan,pembinaan, perhotelan, atau sektor kerajaan.

Ramai juga masyarakat yang keliru apa itu Safety Officer dan apa itu Security Officer..ramai yang mengganggap bahawa SHO ni sama seperti Security Guard..sebenarnya kedua-dua jawatan ini berbeza macam langit dengan bumi..disini saya terangkan dengan lebih jelas peranan serta kerjaya sebenar sebagai seorang SHO (Safety Health Officer) atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Sebenarnya, tugas sebagai SHO adalah merupakan seorang penasihat kepada pihak majikan tempat dia bekerja mengenai isu2 keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Isu-isu berkaitan yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan,kebakaran serta pelbagai isu keselamatan di tempat kerja. Selain dari itu, SHO juga menasihati majikan supaya mematuhi segala aspek2 yang telah ditetapkan oleh undang2 kerajaan samada di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Jentera & Kilang (FMA), Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) dan byk lg undang2 lain yg termaktub yang berkaitan dengan tempat kerja.


So, menjadi tanggungjawab majikan untuk melantik seorang atau lebih (bergantung pada industri masing2) SHO untuk menasihati, mentadbir dan mengurus segala selok belok keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini untuk syarikatnya.

Kenapa kerjaya SHO?

OSH (Occupational Safety and Health) di Malaysia ini sebenarnya masih lagi bertatih...(peringkat permulaan)..Masih lagi ada kalangan masyarakat,majikan serta pekerja yang masih mengganggap bahawa keselamatan adalah isu remeh..Perlaksanaan OSH atau Keselamatan serta Kesihatan di tempat kerja ) samada dari agensi kerajaan mahupun swasta masih kurang. Seboleh-bolehnya kita cuba mempertingkatkan mutu OSH di sektor pekerjaan. Dengan mewajibkan SHO di setiap kilang, SSS (Site Safety Supervisor) di bidang construction serta pelbagai jawatan berkaitan OSH ,majikan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja mereka sendiri.Malah sekarang ini sudah ada di Sekolah,Kolej mahupun IPTA sekarang sudah mula menerapkan Konsep Keselamatan serta jawatan pengamal OSH ditempat kerja mereka. Tidak hairanlah,kadang2 SHO yang berdaftar dgn JKKP serta berkelayakan ini akan di bayar gaji yang agak lumaayan.

So, ni serba sedikit perkongsian saya mengenai SHO ...sesiapa yang berminat nak menceburi bidang OSH ni dapat sedikit gambaran..apapun OSH ni bukan setakat SHO jer, tetapi banyak cabang dan pilihan dalam bidang Safety ini..

Diharap suatu hari nanti, pembaca blog saya ini dapat meningkatkan kesedaran dibidang OSH bukan sahaja ditempat kerja tetapi di rumah supaya anak kita,isteri serta seluruh keluarga kita mengambil berat tentang soal keselamatan.

Ingatlah, Keselamatan perlu menjadi perkara utama dan bukan sekadar buat-buat lupa !..Safety First !..Utamakan Keselamatan !

Adakah di tawarkan kerja sebagai SHO selepas tamat Kursus SHO di NIOSH?

Untuk makluman pembaca blog saya ini,rezeki serta kejayaan seseorang adalah ditangan tuhan.Saya tak dapat nak menjanjikan pekerjaan seseorang selepas habis kursus SHO.Saya sekadar menceritakan tentang bagaimana untuk menjadi SHO dan saya tidak menyediakan sebarang pekerjaan.Mohon pembaca faham dan tidak bertanyakan soalan yang sama berkaitan peluang kerja selepas tamat kursus SHO.

PERHATIAN !!

BERKUATKUASA SERTA MERTA,SESIAPA SAHAJA YANG INGIN BERTANYA TENTANG SHO,SOAL JAWAB BLOG SAYA INI,MENJEMPUT SAYA MEMBERI CERAMAH,MEMPELAWA SAYA MENGENDALIKAN LATIHAN DALAM TOPIK SAFETY DITEMPAT KERJA ANDA ATAU APA-APA SAHAJA PERTANYAAN BERKAITAN,SILA EMAIL KEPADA SAYA : afqbiz@gmail.com atau whatsapp sahaja ke no hp saya : 0196526265.
PERBUALAN MELALUI TELEFON AMAT TIDAK DIGALAKKAN KERANA SAYA SERING SIBUK DENGAN AKTIVITI CERAMAH DAN LATIHAN YANG SAYA KENDALIKAN.SAYA AKAN CUBA MEMBALAS EMAIL ATAU WHATSAPP YANG DIHANTAR KEPADA SAYA MENGIKUT MASA YANG SESUAI.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Terimakasih

************************************************************
ISTIMEWA BUAT PEMBACA BLOG SAYA...

***************************************************************************

1. Saya ada menyediakan beberapa langkah-langkah untuk menjadi seorang SHO,beberapa contoh soalan yang lepas-lepas utk Exam SHO,tips berkaitan kursus SHO serta contoh-contoh soalan dan jawapan Paper #1,#2,#3 serta WPA (Workplace Assigment) Paper 4 # untuk bakal-bakal SHO yang benar-benar berminat untuk membuat rujukan.Saya jual secara online khas untuk pembaca blog saya..


HARGA PROMOSI : RM 100 UNTUK SEMUA SAMPEL SOALAN DIATAS !! TEMPAH SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI KHAS UNTUK AHLI VVIP ; PEMBACA BLOG SAYA INI..SIAPA CEPAT DIA DAPAT DENGAN TAWARAN HARGA ISTIMEWA INI..
KEPADA YANG BETUL-BETUL BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN EXAM SHO INI ,BOLEH WHATSAPP KEPADA SAYA  : 0196526265 DAN SERTAKAN : NAMA PENUH,EMAIL ADDRESS DAN ALAMAT PENUH ANDA.SAYA AKAN EMAIL SELEPAS SEMUA BAYARAN TELAH DITERIMA.TERIMAKASIH


3.Sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai jemputan ceramah,latihan serta audit berkaitan OSH.Syukur Alhamdulilah..Boleh rujuk aktiviti saya dengan klik sini...Cuma saya kadang-kadang sibuk dan tak sempat nak update maklumat dan info terkini.Maaf juga sekiranya saya lambat reply serta lewat menjawab pertanyaan pembaca blog saya..Maafkan saya.... 
Untuk melihat sendiri tugasan serta kerjaya saya sebagai seorang Safety Consultant,Sila layari : www.roysafety.blogspot.com  atau Like FaceBook saya : Afq Training And Services atau email : afqbiz@gmail.com..Segala soal jawab boleh diajukan melalui Facebook saya kerana saya tidak dapat menjawab segala pertanyaan anda melalui telefon atau watsaap...Sila like atau join FB saya untuk maklumat lanjut.
..
4. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pembaca yang tidak putus-putus menghubungi saya melalui watsapp dan bertanyakan pelbagai soalan dan pencerahan berkaitan SHO.Saya amat menghargai segala soalan yang diberikan walaupun ada jawapan dan persoalan telah tertera dalam blog saya ini..Mohon pembaca dapat membaca segala komen yang tertera dalam blog ini dan memahami segala soal jawab yang diterangkan...
Oh ya! atas ucapan terimakasih dan penghargaan,saya senaraikan mereka yang bertuah dan pembaca setia blog pilihan saya yang menghubungi melalui watsapp...Kesungguhan dan sokongan anda amat dihargai...Moga kita terus dapat berhubung antara satu sama lain..

Terimakasih

******************************************************************************

PENGUMUMAN KHAS UNTUK PEMBACA BLOG SHO INI !!..disertakan beberapa iklan Kursus SHO selain yang disediakan oleh NIOSH.Hubungi terus pihak yang menyediakan Latihan/ Kursus SHO ini..

Program Safety and Health Officer (SHO)


*******************************************************************************

KEPADA MEREKA YANG SUDAH BEKERJA SEBAGAI SHO,TETAPI MASIH TIDAK TAHU NAK MEMBUAT LAPURAN SEBAGAI SHO ??..MUDAH SAHAJA ! ANDA BOLEH MEMBELI DARI PIHAK KAMI SAMPEL-SAMPEL LAPURAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ANDA SEMASA BEKERJA SEBAGAI SHO..JIKA BERMINAT,SILA HUBUNGI ADMIN UNTUK MAKLUMAT LANJUT DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA..MUDAH DAN ANDA CUMA ISI MAKLUMAT SAHAJA..FORMAT LAPURAN KAMI TELAH SIAPKAN UNTUK ANDA...
  
HARGA PROMOSI : RM 100 UNTUK SEMUA SAMPEL REPORT DIATAS !! TEMPAH SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI KHAS UNTUK PEMBACA BLOG SAYA INI..
HANYA MEREKA  YANG SERIUS BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LAPURAN INI,BOLEH HUBUNGI SAYA - MOHD ROSLY BIN ABD JALIL.SILA WHATSAPP  KE NO HP SAYA : 0196526265 DAN SERTAKAN : NAMA PENUH,EMAIL ADDRESS DAN ALAMAT PENUH.SAYA AKAN EMAIL SELEPAS SEMUA BAYARAN TELAH DITERIMA.TERIMAKASIH


*********************************************************************************

 Aku SHO ??? Tak sangka..kekadang aku tak terfikir aku boleh jadi Safety Health Officer (SHO) hari ini.Maklum sahajalah,dulu masa di IKM belajar Pemesinan Am,lepas tu sambung ke Korea belajar CNC Machine,balik ke Malaysia terus handle machine CNC Lathe.....Hehehe....Tak sangka yer..
Aku bukan ada basic atau asas berkaitan Keselamatan / Safety !..aku memang tak pernah belajar tentang safety sebelum ini..Jangan sangka aku ni terror dibidang Safety yer..Aku juga sama macam korang..Memang tak ada langsung pengetahuan tentang Safety...So,semua orang memang tak ada ilmu Safety selagi dia belum menyertai atau menghadiri Kursus Safety termasuklah aku...Aku sebelum ini bekerja sebagai Pengendali Mesin (Machinist)..selepas tu bertukar ke jabatan HR (Sumber Manusia)...berpindah ke jabatan Admin (Pentadbiran)..selepas tu,bekerja di bidang PR (Public Relation) ...memang langsung tak ada kena mengena dengan dunia Safety....Tetapi,pada 2008,tetiba aku dipindahkan ke jabatan Safety atas arahan pengurusan atasan tempat kerja aku ...jabatan yang langsung aku tak jangka boleh bekerja disitu...Aku pun terus belajar dan mula fokus kepada Safety..terus terang aku cakap pada masa tu aku tak ada mentor..tak ada cikgu safety dan tak ada siapa yang aku nak rujuk..Aku diarahkan berpindah ke Jabatan Safety kerana boss Jabatan Safety pada masa tu berhenti kerja..Pihak syarikat memilih aku untuk menggantikan tempat dia yang berhenti tu...terkejut gak pada masa tu sebab aku memang langsung tak ada ilmu Safety pada masa tu...parah macam ni..Kiranya macam bidan terjun..apa nak buat,redah ajer lah beb..

Oleh kerana aku 'dipilih' untuk pindah ke safety,aku pulak 'memohon' untuk mengikuti Kursus SHO di NIOSH...Kalau tidak,susah aku nak lakukan kerja sebab aku bukan ada ilmu Safety pun...majikan aku faham dan aku diberikan perlepasan untuk mengikuti kursus SHO tersebut..Yahoooooo...
Setelah mendapat kelulusan dari majikan,aku terus mengikuti kursus SHO di NIOSH,Bangi,Selangor selama 22 minggu (part time)....Aku FOKUS ! FOKUS ! FOKUS !! dan terus fokus untuk mendapat sijil SHO seterusnya menjadi orang yang kompeten dan pemegang Buku Hijau @ Green Book Holder -SHO !!Alhamdulilah Syukur..aku berjaya ,walaupun aku memang langsung tak ada basic safety sebelum ini...Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..
Sebenarnya aku memang tak pernah bermimpi menjadi 'Orang Yang Berkelayakan' atau Competent Person dalam bidang Safety and Health ini.Walaupun kat Malaysia ni ramai yang tak tahu apa itu SHO,tapi setelah aku menjadi SHO,barulah aku tahu betapa pentingnya SHO ditempat kerja.

Peluang untuk mengikuti Kursus Pegawai Keselamatan (SHO) ini secara part time di NIOSH Bangi pada awal 2008 memang aku gunakan sepenuhnya.Tempoh selama 22 minggu aku habiskan demi untuk menjadi seorang SHO.Setiap hujung minggu aku terpaksa korbankan duit petrol,tol, masa bersama keluarga untuk berulang alik dari rumah aku di Seremban ke NIOSH,Bangi..Setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) selama 22 minggu aku memang tak ada rehat langsung..Isnin hingga Jumaat kerja,Sabtu dan Ahad pulak training.Kos membiayai kursus ini hampir mencecah RM5000 tak termasuk duit minyak,tol,makan minum,belanja kengkawan,servis kereta dan sebagaiya...Siapa kata senang nak jadi SHO ??...Susah woo..tak ada yang senang dalam hidup kita ni...Semasa menjalani kursus SHO di NIOSH,Bangi ini,ramai jugak kawan-kawan sekelas aku..Penghulu,Encik Halim...penolong pulak Ms Selvi..serta lain-lain rakan sekelas dari pelbagai latarbelakang dan kerjaya...Seingat aku kengkawan sekelas aku masa tu..Hamsaton kerja di Berjaya Times Square,Khalid dari Sapura,..Syukri dari Construction,Kelvin dari Lafarge Rawang,Tapi sebenarnya,tak semua rakan aku sekarang bekerja sebagai SHO..tak semua yang terus berkecimpung dalam bidang Safety..Tak semua yang ambil exam SHO..dan tak semua yang jadi seorang SHO - Competent Person macam aku....aku rasa tak sampai 15% dari seluruh classmate aku yang menjadikan SHO ini sebagai suatu kerjaya..Ramai rakan-rakan aku yang sekadar hangat-hangat tahi ayam...Sehingga kini,tinggal aku sahaja 2/3 orang yang masih di dalam dunia Safety and Health ini...Aku harap,sesiapa juga pembaca blog aku yang berhajat nak jadi SHO,aku cuma ingin berpesan,kena FOKUS ! FOKUS ! dan FOKUS !..kalau setakat saja nak main-main dan tak ambik serius,aku cadang korang lupakan sahaja hasrat murni korang..membazir jer...
Tapi,aku tetap teruskan juga bidang ini ..walaupun banyak masa,duit dan tenaga yang telah aku korbankan,aku tetap bertekad untuk menjadi seorang SHO yang memegang title 'Competent Person"..Akhirnya aku berjaya menjadi SHO setelah lulus kesemua empat kertas peperiksaan .Aku berjaya dapat Passport Bangla ni (Green Book)...

Syukur Alhamdulilah, sebab bukan senang nak jadi senang ...Tapi,tanggungjawab sebagai SHO cukup besar bagi memastikan tempat kerja sentiasa selamat untuk bekerja dan pekerja pula perlu sentiasa mengamalkan sistem kerja selamat.Apatah lagi,SHO merupakan 'penasihat' kepada pihak majikan...Adakah majikan nak dengar 'nasihat' aku tentang soal keselamatan ?Apapun,setakat ini aku cukup bersyukur bekerja di dalam majikan yang memahami tugas aku,Bukan soal majikan kena dengar  cakap SHO tetapi "Bagaimana SHO boleh mempengaruhi Majikan dalam memastikan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan" sentiasa terpelihara di tempat kerja...

Jadi SHO,nak kerja macam mana ??? Aku sekadar share beberapa bidang tugas kerja aku...Tugas harian,mingguan,bulanan,tahunan dan Emergency & Urgent !!..

Audit,Inspection & Patrol 
TUGAS HARIAN (Routine Job/Task) Tugas aku setiap hari adalah buat Inspection/Patrolling (Rondaan),Audit serta buat daily report hasil dari aktiviti harian tersebut..Hari-hari aku kena berjalan lebihkurang satu kilometer sekitar tempat kerja untuk sessi pagi (1st round) dan sessi petang (2nd round)....Kalau aku tak buat audit,report aku pada hari tersebut...boss mula jeling,apa kerja yang ko buat hari ni ???Suka tak suka,kena cari finding jugak...
Audit sesuatu mesin..Selamat Atau Tidak ???
Kalau ada mana-mana chemical atau alatan yang tidak selamat,pastikan dibuat lapuran dan minta pihak berkaitan dapat memastikan ianya sentiasa selamat.Semua chemical kena register,kena daftarkan,pastikan ada CSDS/MSDS/SDS....mesti strorage dan simpan chemical dalam keadaan selamat...
Pastikan dilabel atau disimpan tempat yang selamat dan sesuai
Walaupun melibatkan perkara remeh,semua 'unsafe condition' perlu dilapurkan..Jangan pandang sebelah mata unsafe act & unsafe condition...Jangan sampai dah accident,baru nak buat improvement...dah lambat..
Zink nak jatuh pun kena lapur..takut angin tiup boleh diterbangkan dan 'memotong' leher mangsa...
Setiap minggu kami selalu adakan 'Weekly Safety Day' dimana kami memilih hari-hari tertentu untuk menjalankan aktiviti safety..Kadang-kadang,SHO akan bersama Pihak Pengurusan tertinggi Syarikat akan membuat rondaan sekitar tempat kerja dan melihat sendiri keadaan safety disitu...Apa !! ingat kerja SHO goyang kaki ker ???....belum lagi pegawai DOSH datang visit..berpeluh gak nak jawab soalan diaorg...

SUSAH KER KERJA SHO ??
Ramai yang tanya pada aku,adakah susah nak jadi SHO??sebenarnya susah senang bergantung kepada kita..bergantung kepada minat kita dan bergantung kepada keikhlasan kita..Nak jadi SHO sebab nak gaji banyak atau nak bantu orang ???..tanya diri sendiri....Aku sekadar nak berkongsi dalam blog aku ini..Untuk jadi SHO memang kena banyak berkorban..korban masa,duit dan tenaga ..semua kena berkorban...Kalau sekadar nak main-main,aku rasa elok lupakan sahaja bidang SHO ni.Pergi cari kerja lain...Sebabnya, tak semua orang boleh tumpukan pelajaran dalam kelas SHO ni...Kelas aku sendiri ada 25 orang,tetapi aku rasa tak sampai 5 orang yang betul-betul meneruskan kerjaya dalam bidang Safety..Ini realiti..Bila aku jumpa balik diorang selepas 3/4 tahun,diorang semua dah kerja selain dari bidang Safety..bila tanya kenapa?..tak best lah,Safety susahlah dan mula menunding jari kepada pihak lain selain dari menyalahkan diri sendiri....Maaf cakap,aku sebenarnya memang "zero knowledge" dalam bidang safety sebelum aku menghadiri kursus SHO ni..tapi bila aku masuk kursus SHO ini,aku terus memberikan 200% bidang SHO ini tanpa menoleh kebelakang lagi...Aku terus belajar-belajar-dan belajar hingga ke saat ini...Aku pergi kesana kemari,masuk blog,buka FB,like dengan senior2 Safety,tanya Otai-Otai SHO,hadir semua kursus safety,join safety seminar,jumpa ramai orang,buat muka tak malu,cari info Safety terkini,keluar masuk pejabat DOSH negeri,Putrajaya ,berbincang dengan pelbagai consultant,tak faham angkat tangan semasa dalam kursus,join persatuan safety,join bengkel safety,bayar duit seminar safety....dan semua buku-buku safety aku beli...Memang habis duit melebihi dari yuran kursus SHO..Hasilnya,inilah yang aku dapat pada hari ini.....BERBALOI-BALOI !!

Weekly Safety Day Audit
Bukan sahaja pekerja,tetapi vendor atau contractor ditempat kerja aku juga aku audit berkaitan cara kerja selamat.Ini bermakna,mana-mana manusia dalam premis tempat kerja aku akan aku pastikan semua bekerja dalam keadaan selamat..Semua aku periksa,semua aku audit / inspect dan membuatkan ramai yang rimas bila aku datang...Ramai yang kurang senang dengan tugas aku...Lantak korang nak kata apa,aku tetap jalankan tugas sebelum korang ditimpa kemalangan atau musibah..Kalau dah berlaku kemalangan,jangan salahkan aku yer...Ingat !! Mencegah Lebih Baik Dari Mengubatinya.."Prevention Is Better Than Cure"
Menerangkan kepada pekerja syarikat vendor tentang Unsafe Act / Condition
PPE Vendor juga sering kena periksa dan audit..Itu adalah tugasan aku..Kena follow Basic Safety Rules & Regulations..Kalau tak boleh ikut,akan kena penalti..
Safety helmet perlu dalam keadaan baik dan dipakai dengan sempurna apabila bekerja.
APA DUGAAN KERJA SEBAGAI SHO ??
Dugaan dan cabaran adalah asam garam SHO..kalau tak ada jatidiri,jangan jadi SHO....kita kena firm tentang apa jua tindakan jika kita dipihak yang benar...Kalau pekerja tak pakai Safety Helmet,SHO kena tegur dia..Kalau dia tak pakai jugak,ambik tindakan..Masih lagi degil?boleh guna denda..TAPI !! Perlu ada Safety prosedur..SHO kena cipta Safety Management Prosedur dan mendapat kelulusan pengurusan syarikat..kena bagitau semua orang semasa hari pertama dia masuk kerja..bagi diorang safety briefing dan Induction Safety sampai mereka betul-betul faham...Nama pun,Safety First !!....Masih degil lagi tak ikut prosedur??..halau dari tempat kerja!..kenapa halau pekerja yang degil ??..sebab dah ada safety prosedur,kenapa tak ikut ??..Lebih elok kita halau dia daripada dia mati sebab kepala pecah kerana tak pakai helmet !!..lebih baik .. kita halau dia sekarang daripada kita terpaksa kutip mayat dia sebab accident tak ikut Safety Prosedur..Faham tak bakal SHO semua ??  Ingat !! tugas kita nak bantu diaorang dari tercedera atau terlibat kemalangan...SHO mesti berjiwa Kental !

Dengar Pantun Tugas SHO ini......
SHO selalu dibenci orang ??..Ya betul,sebab SHO selalu berhentikan mesin operasi ?? Sebab apa SHO berhak berhentikan operasi ?? Sebab SHO tak mahu ada orang putus tangan kaki ??..Pasal apa boleh putus tangan kaki ??..Masih ada manusia degil dan tak ikut Safety ??..Kenapa tak ikut Safety ??..sebab Safety Health Officer (SHO) ramai yang orang benci...Kenapa SHO dibenci ?? sebab SHO ada tugas hakiki ?? Apakah tugas hakiki ??...SHO PERLU PASTIKAN JANGAN ADA PEKERJA YANG MATI......Faham tak ????


Aktiviti mingguan aku (setiap Isnin)-WEEKLY TASK... aku akan adakan Safety Weekly Review Meeting bersama Safety Committee ,Manager,Supervisor dan Pengurusan Tertinggi syarikat.Aku sebagai SHO akan menerangkan hasil safety audit kepada yang hadir..nak komplen atau nak pertikaikan,boleh dibuat semasa meeting tersebut.Boleh berbincang..kalau rasa tak puashati kena beritahu semasa meeting,..kalau korang rasa unsafe finding (Keadaan Tidak Selamat) bukan milik anda,sila nyatakan alasan dan berikan alasan yang kukuh..Selepas semua pihak berpuashati,aku akan hantar hasil perbincangan dan minit meeting kepada pihak pengurusan syarikat aku...Tak perlu nak tunggu 3 bulan sekali baru nak hantar report...Lapuran hasil weekly meeting aku kongsi secara online kepada semua pekerja dan pihak majikan..Tiada lagi cakap2 belakang selepas tu yer ..Tak ada seorang pun yang tak puashati atau pertikai tugas aku..Segala kerja aku adalah tanggungjawab aku..Tak suka,tak apa sebab aku jalankan amanah yang diberikan oleh syarikat. 
Inilah pentingnya 'Safety Weekly Review Meeting'
Safety Health Committee-SHC @ Jawatankuasa Keselamatan Di Tempat Kerja perlu diberi kuasa..kuasa untuk memeriksa unsafe act/condition di tempat kerja atau jabatan mereka sendiri,..kuasa memastikan pekerja ditempat kerja mereka memakai PPE yang dibekalkan dan memberi 'kuasa' untuk mereka memberikan idea,pendapat dan pandangan....demi untuk keselamatan semua...Kena support Safety Health Committe (SHC) kerana diorang yang membantu SHO macam aku..berikan penghargaan kepada Safety Health Committee (SHC) walaupun tugas diorang adalah sekadar 'sukarela' atau 'paksa rela'...Diaorang adalah mata dan telinga SHO mcam aku..hargai mereka..berikan diorang pakaian,tshirt atau jeket rasmi serta sesekali berikan hadiah atau belanja makan-makan.....*sekadar idea dan bukannya ada dalam OSHA 1994* pun....hihii
Mereka rasa bangga sebagai Safety Committee
Seminggu sekali aku sering audit alatan keselamatan/PPE serta First Aid Box.Aku nak pastikan segala facilities safety berada dalam keadaan baik.Ianya adalah memastikan agar tiada masalah sekiranya berlaku keadaan kecemasan...
Periksa First Aid Kit secara berkala setiap minggu

Pastikan juga kandungan First Aid Kit mencukupi,lengkap,bersih,dikemaskini serta dijaga dengan sempurna.
Kadang-kadang aku buat 'spot check 'pemeriksaan mengejut' untuk memastikan peralatan safety sentiasa dalam keadaan terbaik..kalau kita buat plan audit atau inspection,diaorang dah prepare siap-siap..semuanya cantik belaka..Tak boleh macam tu..kita mahu keadaan selamat setiap masa dan bukan semasa audit sahaja.
Person In Charge utk First Aid Kit kena ikut sekai audit sebagai saksi

Aku akan pastikan senarai First Aid Kit sentiasa lengkap dan sempurna
Itulah sebahagian tugas mingguan aku sebagai SHO..Apapun,daily routine job diteruskan juga seperti biasa.

Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog aku ini...Untuk lebih lanjut tentang aktiviti yang aku jalankan,sila layari Facebook : Afq Training And Services atau layari www.roysafety.blogspot.com atau www.afq.com.my
SOAL JAWAB BERKAITAN SHO

Ada orang tanya saya macam-macam tentang SHO ini..saya cuba jawab satu persatu secara peribadi..

S1.Macamana nak jadi SHO ??
J1: Layari laman web NIOSH dan baca semua syarat dan keperluan untuk layak menghadiri kursus SHO ini...layari www.niosh.com.my

 S2.Susah ke nak buat kerja SHO ni?
J2.Saya sebenarnya susah nak jawab soalan-soalan sebegitu..Nak kata susah,semua kerja susah..Nak makan nasi pun susah..sebab kena ambik pinggan,isi nasi dalam pinggan,kena basuh tangan,kena masukkan kuah dalam pinggan..selepas tu kena suap ke mulut,selepas tu kena telan dan sebagainya..jadi,tiada kerja senang dalam dunia ni termasuk kerja sebagai SHO.

S3.Kerja ditawarkan ker selepas dapat Green Book ??
J3.Tidak...Cari sendiri,usaha sendiri dan gunakan pengalaman sendiri...Rezeki ditentukan oleh Allah.

S4.Selepas lulus peperiksaan SHO Green Book,apa yang perlu dilakukan ??
J4.Dapatkan pengalaman 3 tahun dibidang Safety..samada menjadi safety committee,melakukan kerja dalam bidang safety,menjadi safety supervisor dan sebagainya..Semua tugas ini perlu di dokumen sebagai evidence.

S5.Bolehkah syarikat mengambil saya bekerja sekiranya saya belum mendapat Green Book tetapi telah menghadiri kursus SHO selama 22 hari ?
 J5.Boleh,tiada masalah dan syarikat berhak mengambil sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

S6.Bolehkah saya bekerja di bidang safety sekiranya tiada Green Book tetapi telah menghadiri kursus SHO selama 22 hari ?
 J6.Boleh,terpulang kepada pihak syarikat samada ingin memilih SHO mempunyai Green Book atau tidak.

S7.Saya bukan SHO dan tiada Green Book,bolehkah saya bekerja dan menjalankan tugas-tugas sebagai SHO ?
 J7.Anda boleh bekerja dan menjalankan apa jua tugas SHO ditempat kerja.Tetapi anda sebenarnya tiada pertauliahan sebagai orang yang berkelayakan (Competent Person) sebagai seorang SHO...Ianya sama seperti Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh JPJ..Ramai yang boleh memandu,tetapi adakah mereka ada lesen memandu ???...Sama juga dengan SHO atau pemegang Green Book.Anda boleh melakukan semua kerja safety ditempat kerja,tapi adakah anda adalah "Competent Person" ?

S8.Saya seorang perempuan dan berminat bekerja di bidang SHO.Adakah saya boleh bekerja di bidang ini  ?
 J8.Boleh,sesiapa sahaja boleh menceburi bidang ini asalkan dia layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang ditetapkan.

S9.Setelah lulus semua 4 paper Exam SHO,apakah yang perlu dilakukan   ?
 J9.Boleh mendaftar dengan DOSH (JKKP) dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan didalam borang permohonan pendaftaran SHO.Anda perlu mempunyai pengalaman 3 tahun dan terlibat secara langsung dalam bidang Safety and Health. 

S10.Setelah lulus semua 4 paper Exam SHO,adakah pengalaman 3 tahun sebelum ini diambil kira atau bermulanya tarikh kita lulus Exam SHO   ?
 J10.Pengalaman 3 tahun tetap diambil kira walaupun anda belum mengikuti kursus SHO ini.Tetapi perlu dibidang yang sama iaitu Safety and Health.Semua perlu rekod,disimpan sebagai bukti dalam bentuk dokumen (hard copy)

 S11.Apakah akan terjadi sekiranya saya gagal Exam SHO?
 J11.Anda diberi peluang untuk mengulangi kertas yang gagal dan menduduki exam tersebut dalam tempoh 2 tahun dari tarikh exam tersebut.

S12.Apakah akan terjadi sekiranya setelah gagal Exam SHO,tetapi saya tidak mengulangi dalam tempoh 2 tahun?
 J12.Anda perlu mengikuti Kursus SHO semula selama 22 hari dan mengikut prosedur sepertimana yang ditetapkan oleh pihak NIOSH.

S13.Apabila sudah memiliki Green Book SHO,apakah yang perlu saya lakukan ?
 J13.Sebagai seorang SHO yang berkelayakan (competent person ),Anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang SHO.Setiap tahun anda perlu mengumpul mata CEP (Continuos Education Point) dengan menyertai Latihan,Seminar,Workshop,Conference berkaitan Safety and Health untuk mendapatkan 30 mata (point) dalam tempoh setahun.30 mata setahun perlu dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun yang akan menjadikan jumlah mata keseluruhan 90 mata CEP.Dengan adanya CEP 90 mata akan melayakkan anda memperbaharui Green Book SHO anda pada tahun berikutnya.

S14.Apakah tugas-tugas SHO yang perlu saya lakukan ?
 J14.Rujuk kepada aktiviti dan program yang saya jalankan ditempat kerja dalam blog ini.

S15.Apakah kelayakan mengikuti Kursus SHO sekiranya saya ada Sijil SPM  ?
 J15.Sekiranya anda mengambil SPM tahun 2000 kebawah (tahun 1999,1998,1997 dsbnya),kelayakan minimum hanya perlu lulus SPM.Tetapi sekiranya anda mengambil SPM selepas tahun 2000 (Tahun 2001,2002,2003 dsbnya),sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains.Sila rujuk kepada pihak NIOSH untuk maklumat terkini berkaitan kelayakan tersebut .

S16.Saya adalah lepasan IPTA/IPTS dan mempunyai Degree/Diploma/Master..Adakah saya layak untuk menjadi SHO  ?
 J16. Kelayakan minimum SHO adalah sepertimana contoh iklan kursus SHO yang dinyatakan dalam blog ini.Jadi,tiada masalah untuk anda mengikuti kursus SHO yang ditawarkan jika anda betul-betul berminat.

S17.Saya berminat di bidang Safety /SHO tapi tiada pengalaman dan langsung tiada maklumat..Macamana nak mula?
 J17.Semua orang termasuk saya bermula dengan 'kosong'..tak ada orang yang terus menjadi SHO dan mempunyai pengalaman dan ilmu.Manusia juga sejak lahir bermula dengan meniarap,merangkak,berjalan dan terus boleh berlari..Kita kena bermula dari Zero..Jadi,tiada yang mustahil kalau kita ingin berjaya dalam bidang safety..kerana kita kena FOKUS ! FOKUS ! FOKUS ! dan berusaha untuk terus berjaya..

S18.Apakah bezanya SHO Green Book dengan Yellow Book ?
 J18.SHO Green Book adalah lebih meluas kepada general safety (OSH)...tetapi Yellow Book atau SSS (Triple S) adalah sebagai Site Safety Supervisor yang lebih menumpukan pengurusan keselamatan di tapak bina @ Construction...Apapun,peranan kedua-duanya adalah penting bagi memastikan keselamatan di tempat kerja dapat diutamakan.Rujuk website NIOSH untuk maklumat lanjut.

S19.Saya tinggal diluar lembah kelang dan ingin belajar di NIOSH..adakah cawangan NIOSH ditempat lain ?
 J19.Saya cadangkan anda selalu rujuk website NIOSH kerana disitu diterangkan pelbagai info serta maklumat yang cukup lengkap dan NIOSH juga ada cawangan di negeri-negeri lain.Blog saya ini hanya lebih menerangkan berkaitan tugasan SHO serta kisah pengalaman saya.

S20.Saya nak belajar SHO tapi tak tahu step serta langkah2 yang perlu diambil ?
 J20.Semua orang memang tak tahu dalam bidang safety ini...Tapi,bermula hari pertama hingga ke hari 22 nanti,anda akan diajar dalam pelbagai bidang safety dan disitu anda akan dapat pengetahuan  dan ilmu yang amat berguna.

S21.Saya berminat untuk belajar SHO dan ingin bertanya adakah perlu saya menduduki exam SHO 4 paper terus selepas selesai 22 hari kursus di NIOSH?
 J21.Bergantung kepada persediaan masing-masing..anda boleh mengambil exam tersebut pada bila-bila masa mengikut jadual exam yang ditetapkan oleh NIOSH.

S22.Saya berminat bidang SHO,tetapi tidak tahu macamana nak mulakan ?
 J22.Memang semua orang tidak tahu sebelum bermula..Jika berminat,sila rujuk website www.niosh.com.my

S23.Saya baru berjinak bidang SHO ini dibidang construction dan apakah langkah yang perlu diambil?
J23.Kena sentiasa rajin memantau aktiviti di tapak bina,kendalikan toolbox meeting setiap hari,buat lapuran audit berkaitan keadaan serta perbuatan tidak selamat di tempat kerja dan berbincang bersama pihak majikan cara terbaik untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja

S24.Saya tak faham apa itu Green Book ?
 J24. Green Book adalah pengiktirafan Kepada mereka yang berjaya dan lulus peperiksaan sebagai seorang SHO serta membuktikan mereka sebagai yang berkelayakan (Competent Person) dibidang tersebut.

S25.Saya perlukan tip sebelum menyertai Kursus SHO ?
 J25. Tiada tip sebenarnya..kena hadir kursus SHO dan diorang akan terangkan secara detail.Saya juga mengikuti kursus SHO tanpa sebarang info..Kita belajar baru dapat info dan ilmu...

S26.Saya baru  habis SPM dan menunggu keputusan..Bolehkan sertai kursus SHO ?
 J26. Tak boleh sebab syarat minima perlu ada sijil SPM.


PERHATIAN !!

Sesiapa yang berminat mengikuti Kursus SHO,sila rujuk maklumat diatas..

Maklumat lanjut,boleh whatsaap saya dengan menyatakan biodata lengkap anda,alamat dan sila nyatakan kemusykilan anda ke talian : 019 6526265.


Moga berjaya.....

465 comments:

  1. Tahniah tuan. Seronok baca post ni. Sy juga bercita2 ingin menjadi sho seperti tuan. Doakan Sy berjaya..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Melz,
      Saya doakan agar tuan menjadi seorang SHO yang berkelayakan dan berjaya..amin

      Delete
    2. Tuan Rosly, saya sedang mendaftar utk 22 hari kursus SHO. Adakah tip2 yang sebaiknya untuk menjadi SHO yang berkelayakan. Boleh whatsapp saya 010-2326007

      Delete
    3. Salam - Malaysia Automobile Club 1981..saya sebenarnya tiada tip2 yang sebaiknya untuk menjadi SHO.Saya sebenarnya masih baru dlm bidang SHO ini...cuma saya sering bertanya,selalu buka forum SHO,tanya senior dan otai2 yang lebih berpengalaman serta menumpukan 120% semasa pembelajaran kursus SHO selama 22 hari tersebut...Saya juga sekarang tetap belajar,belajar dan terus belajar..Semua orang boleh berjaya jika rajin berusaha...Tkasih

      Delete
  2. Tahniah ats pencapaian cemerlang tuan...
    sy pon nk jd SHO...xp xtau dari mana nk mua..
    sy ada diploma dr KKTM. Mohon tuan boleh bg cadangan/pendapat pd saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rushan Akmal,

      Pertama sekali kena sematkan dalam hati 'minat' menceburi bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH)...visit NIOSH website dan search SHO training program...Seterusnya niat untuk memastikan tahap keselamatan pekerja di Malaysia sama-sama kita tingkatkan..InsyAllah boleh berjaya dan bukan sekadar mengejar gaji yang tinggi...Good Luck

      Delete
  3. Salam tuan Mohd Rosly,
    Sy alhamdulillah dah selesai menjalani kursus selama 22mnggu mcm tuan lalui jgk lah dan akan ambil exam paper pd hujung bulan ni iaitu pd 25 dan 26 July dan paper 4pd august..Sy sekarang pd tahun akhir degree of electrical engineering..jadi apa nasihat tuan pd diri sy akn menjalani exam dan seterusnya menceburi bidang safety.nasihat dan cadangan dari org lama amat sy berterima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya secara peribadi,niat utk menjadi SHO adalah untuk memstikan tiada kemalangan di tempat kerja yang menimpa rakan kita,kawan kita atau saudara mara kita..Kalau setakat nak dapat green book,sesiapa sahaja boleh berjaya utk mendapatkannya.Cuma perlaksanaan selepas digelar 'competent person' adalah yang paling penting.Kita kena jadi orang yang bertanggungjawab dan bidang safety bukan sekadar untuk mengejar pendapatan tinggi semata-mata.Oleh itu,sebelum menduduki exam kita perlu pastikan kita benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang yang benar-benar bersedia...saya berpegang kepada "apalah guna gaji tinggi tetapi kemalangan yang berlaku ditempat kita juga tinggi"....Apapun,saya doakan salatunsalatin salatinsalatun berjaya dlm bidang safety kerana negara kita masih lagi kekurangan pengamal keselamatan @ Safety Practisioner'...Lagi ramai orang yang terlibat dalam bidang safety,lebih ramai orang yang faham tentang pencegahan kemalangan...amin

      Delete
  4. Salam,

    Mohon tuan share cara atau apa step seterusnya selepas mengambil kursus ni. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Ariff Ishak,

      Selepas selesai 22 hari menghadiri kursus ini,tuan perlu menduduki peperiksaan (seharusnya telah diterangkan sebelum atau semasa tuan menghadiri Kursus SHO) ini.Selepas lulus keempat-empat kertas/topik,tuan perlu memastikan bahawa tuan telah menceburi bidang safety lebih dari 3 tahun.Simpan salinan dokumen berkaitan spt Safety Minute Meeting,Safety Audit,Safety Committee Program dan sebagainya.Sila rujuk laman web DOSH dan sebagainya untuk lebih lanjut.Setelah ada dokumen tersebut,barulah boleh mendaftar di DOSH , Putrajaya..*Langkah ini adalah yang saya lakukan.saya tidak pasti samada ada guideline terbaru berkaitan pendaftaran SHO...Moga berjaya En Ariff.

      Delete
  5. salam, tuan rosly..

    saya sangat minat untuk menjadi salah seorang ahli SHO. boleh saya tahu selepas 22 hari ambil khusus SHO, adakah kita akan terus bekerja dengan cidb? dan adakah sijil dan diploma(berkaitan)sampingan berlainan kategori?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Mohd Arif,
      Selepas 22 hari ambil kursus SHO,anda perlu menduduki peperiksaan untuk kertas 1,2,3,& 4..Selepas berjaya dalam peperiksaan tersebut,anda baru layak diiktiraf sebagai 'Orang Yang Berkelayakan" atau 'Competent Person" dalam bidang Safety & Health.

      Delete
  6. 3 tahun pengalaman itu adalah selepas lulus 4 kertas peperiksaan atau pengalaman sebelum ini boleh diambil kira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CGTER....Pengalaman di bidang safety selama 3 tahun perlu dibuktikan melalui format yang disediakan oleh pihak DOSH..Maklumat lanjut boleh layari : www.dosh.gov.my

      Delete
  7. assamualaikum

    tertarik baca post tuan....semoga dgn perkongsian tuan lebih barakah...dan semoga sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. saya akan mendaftar kursus selama 22 hari ni bermula 24 august ni...semoga dipermudahkan...cuma saya ingin bertanya...ada tak OSH wanita diluar sana mohon dikongsikan perkongsian supaya say a boleh prepare apa yang sepatutnya....selepas saya berjaya mendapat certificate ini... boleh tak saya guna pengalaman kerja saya sebgai technician selama 5 tahun bila saya apply kerja sebagai OSH....harap dapat penjelasan Dari pihak tuan...assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum....saya pon nk tau juga ade ke osh wanita???sb sy juga bercadang nk ambil kusus ni...

      Delete
    2. Salam Nur Malini,
      Terimakasih atas komen yang diberi..Maaf sebab lambat reply segala komen anda kerana terlalu sibuk dgn tugas harian.Berkaitan pengalaman,biasanya melibatkan kerja-kerja berkaitan OSH.Anda akan ditemuduga nanti oleh pihak DOSH untuk menentukan kelayakan sebagai Compenent SHO.

      Delete
    3. Cik Aszura Kastubi,
      OSH Wanita atau SHO Wanita ??,,mana satu tu ? hihii..bidang Safety tidak mengira jantina.(unisex)..semua boleh menceburi bidang OSH ini..Malah,ramai kalangan wanita atau gadis menjadi Competent SHO....biasanya SHO pompuan ni tegas,ikut buku,no compromise...tapi itu sebenarnya lebih bagus..Safety perlu 'dikuatkuasakan' bukan hanya sekadar 'cogankata'...tkasih

      Delete
  8. Saya lepasan diploma dalam bidang IT. Bolehkah saya menceburi bidang safety dengan kelayakan yang saya ada?

    ReplyDelete
  9. salam, saye bukanla bnyk pengalaman tentang osh ni tp bleh la kongsi sikit2, klu kita fikir betul2, tak kira di mana kita berada sentiasa ada risiko untuk cedera, tetapi kecederaan tersebut bergantung pada kawasan tersebut, untuk jadi osh ni klupun anda seorang tukang jahit, anda juga bleh ambil kos ini asalkan memenuhi requirement yg di tetapkan pihak niosh, klu kelulusan anda ada kaitan dgn osh ini lagi baik, klu takde pon takpe janji anda telah lulus dan menjadi osh yg berdaftar, akhir kata skop kerja anda setelah menjadi osh ialah memastikan tahap kemalangan dlm sesuatu tempat kerja berada pada tahap paling minimum,semoga maklumat yg saye kongsi ini dpt membantu saudara/saudari sekelian, jika ada apa2 yg perlu ditambah oleh otai2 safety di persilakan, sye pun baru belajar dan masih budak setahun jagung lagi dlm bidang ni, majulah safety untuk negara, salam..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum tuan.

    nama saya ayob. berumur 29 tahun. latar belakang pelajaran saya cuma SPM sahaja.. saya pernah dengar kerjaya SHO nie dari kenalan baru saya... saya benar benar berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini.. tapi sy tak ada langasung pengalaman kerja dalam bidang ini. boleh kah tuan bantu saya. Apakah prosedur dan peringkat2 yang saya perlu lalui untuk bergelar Safety and Health Officer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik sijil sho kat niosh then diorang akan bgtau mcm mana nak masuk dlm bidang ni.

      Delete
  11. Salam.. Tuan.. Sy ingin bertanya..
    Sy cume memiliki sijil sahaja.. Dan sy ingin menceburi dalam bidang ini.. Tetapi saya tidak tahu dari mana harus saya mulakan.. Saya tidak ada apa2 pengalaman di dalam bidang ini.. Mohon tunjuk ajar dari tuan..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik mula dari keja yg encik minat, klu nak paling senang start dari construction.

      Delete
    2. Cinnamon Roll,
      Saya dulu pun langsung tak bercita-cita boleh menceburi bidang safety..tercebur bidang safety pun sebab secara kebetulan kerana menggantikan kawan yang berhenti dari jawatan SHO..Saya tiada pengalaman dalam safety,saya tiada kepakaran dalam safety,tiada sebarang maklumat...TETAPI !..saya belajar dari zero...saya usaha untuk mendapatkan ilmu...korek maklumat,bukak website,survey tentang safety dan kena RAJIN memperbaiki diri sendiri....so,motivasi untuk berjaya dalam apa jua bidang adalah tertakluk kepada DIRI SENDIRI.....Sebenarnya,dari segi pengalaman saya ni adalah orang baru dalam bidang safety....tetapi ianya lebih kepada MINAT untuk BERJAYA dan KESUNGGUHAN dalam setiap langkah yang kita ambil...maklumat lanjut boleh layari : www.afq.com.my berkaitan aktiviti saya...atau Facebook : AFQ Training and Services....

      Delete
  12. Salam tuan. Saya telah bekerja sebagai pegawai keselamatan selama 3 tahun dan masih tiada sebarang kelayakan SHO. Saya dah cuba cari SHO training programme di web niosh tapi tiada. Mohon bantuan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik syaiful da cek btul2 ke? kat niosh memang ade kos utk safety officer ni, belambak, dptkan bantuan operator, kol niosh punye operator. harap membantu.

      Delete
    2. En Syaiful Hisyam..layari www.niosh.com.my.....atau hubungi : 03-87692100 / fax :0389262900,,atau email : general@niosh.com.my ..tq

      Delete
  13. assalamualaikum,,,encik rosly,,sy zaid student dari kolej poly-tech mara kuantan ,sudy in civil engineering(safety construction),,,,next year sy dah msok sem 4,,,ta lme lg nk praktikal,,,,sy nak tnye,ade tak peluang saye nak bina kerjaya sebagai SHO bila tamat dip. and digree nanti??? saya risau dngn kursus yg sy belajar nie,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaid Zubir,
      kepada mereka yang sudah ada lain-lain kemahiran,sijil atau dip dari lain2 bidang ,adalah menjadi satu kelebihan jika mereka certify SHO..ini dinamakan value added..So,belajar bersungguh-sungguh dengan bidang Civil Engineering/Construction sekarang,selepas itu boleh sambung belajar di bidang OSH pula..Itu cadangan saya sebab saya juga sebelum ini belajar dibidang lain,tapi akhirnya belajar untuk menjadi SHO...tq

      Delete
  14. salam sy seorang jururawat tetapi bercita-cita untuk menjadi SHO, macam mana cara ye sy ingin menjadi SHO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. step pertama kena gie kursus niosh selama 22 hari kalau full time, di situ kita akan ditunjukkan cara2 nk amik 4 paper wajib tu. kalau sy x silap la, en Rosly boleh critakan dgn lg lanjut.

      Delete
    2. Yer betul apa yang Azam Jytra ceritakan..cuma selepas ambil exam 4 paper,syarat lain ialah perlu pengalaman 3 tahun dlm bidang Safety sebelum berdaftar dengan pihak DOSH untuk mendapat Green Book (SHO Competent Person).

      Delete
  15. salam...encik, sy ingin bertanya, apakah perbezaan antara NIOSH OSH PROFESSIONAL CERTIFICATE PROGRAMME FOR PETROCHEMICAL INDUSTRY dan
    CERTIFICATE PROGRAMME FOR SAFETY AND HEALTH OFFICER
    jika sy nak jd sorg SHO, mne yg perlu sy ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Adam,kat situ dah tulis...nak jadi SHO,kena ada certificate programme for SHO ..tq

      Delete
  16. salam....en, sy ingin bertanya, apakah perbezaan sy menjalani kursus di antara NIOSH dan di tempat2 lain yg juga telah diperakui oleh DOSH?
    kerana, sy lihat di luar lebih murah berbanding NIOSH seperti GLOBAL INSTITUTE OF SAFETY MANAGEMENT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Adam Asyaari...Saya cadangkan lebih baik terus berurusan dengan pihak NIOSH , Bangi untuk pengesahan sebagai tempat latihan yang diperakui dan layari website www.dosh.gov.my untuk maklumat lanjut.tkasih

      Delete
  17. salam, sy pun xpasti mcm mana nk folow blog nie, sy nk contact dgn en Rosly, hrp dpt inbox saya . tq (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk follow blog serta aktiviti saya,boleh layari dlm pelbagai info saya :
      1. FB - Afq Training and Services
      2. FB - afqbiz
      3. FB - N9mykidssoccer
      4. Webiste : www.afq.com.my
      5.Blog : www.roysafety.blogspot.com
      6.Blog : www.afqbiz.blogspot.com
      7.Blog : www.mohdrosly.blogspot.com

      banyakkan ?? hihii...saya memang suka menulis dan berkongsi pengalaman....

      Delete
  18. Assalamualaikum, saya akan melanjutkan pelajaran di ranaco dlm bidang safety, apa pendapat anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Azrul Azman,..Bagi saya,apa bidang juga yang kita ceburi perlu ada kesungguhan dan minat.Bidang Safety @ OSH adalah suatu bidang yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak dan berminat.Selain itu,bidang OSH ini ada pelbagai cabang kelayakan,tanggungjawab serta 'compentency'.layari website NIOSH atau DOSH untuk maklumat lanjut..Apapun,saya memang menggalakkan lebih ramai menceburi bidang safety ini.

      Delete
  19. as salam encik rosli...anak lelaki saya berumur 18 tahun dan akan melanjutkn pelajarannya ke kolej atau universiti swasta. dia nampak berminat untuk mengambil diploma in occupational safety and health. adakah ini akan membantu dia untuk menjadi safety officer? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk melanjutkan pelajaran dan menjadi SHO,anak Yneeta Zainal perlu memastikan kolej atau universiti swasta tersebut mendapat pengiktirafan samada dari NIOSH atau DOSH.sila layari website agensi ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tkasih

      Delete
  20. Assalamualaikum En. Rosli, Saya seorang Penolong Pegawai Perubatan dan telah 10 tahun berkhidmat di bahagian Hospital. Saya pernah berpeluang untuk merasa kerja offshore/workbarge sebagai medic selama 6 bulan. dari situ, saya mengenali SHO dan skop tugas SHO.. dari situ timbul keinginan saya untuk menjerumuskan diri ke dalam bidang safety dan alhamdulillah, sekarang saya telah separuh jalan mengikuti pengajian jarak jauh Bsc (Hons) OSH Management di OUM (20 month to go). Saya ingin ke laut lagi namun sebagai SHO @ medic yang mempunyai kompentensi dengan safety. saya belum pernah mengikuti kursus safety NIOSH tapi telah terlibat dengan Safety Training Consultation Company sebagai FL Health Trainers.

    Saya berminat untuk mencapai laluan kerjaya kepada SHO seterusnya kepada NEBOSH jika berpeluang. saya ingin bertanya mengenai pasaran seorang Medic/SHO dengan berbekalkan diploma MA, Degree OSH dan Safety Course. adakah demanding pada golongan seperti saya ini tinggi. mohon pencerahan dari pihakj tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Shahir,sukar untuk saya gambarkan demanding kerjaya sebagai SHO dipasaran sekarang kerana ianya bergantung kepada keperluan semasa.

      Delete
  21. Assalamualaikum Tuan,

    Saya dalam proses untuk menghantar permohonan mendaftar sebagai SHO dengan JKKP, salah satu syaratnya ialah kita perlu menghantar bukti-bukti menjalankan tugas sebagai safety personnel, melalui pengalaman tuan, adakah perlu menghantar semua dokumen atau kita pilih dokumen yang penting-penting sahaja. Lagi satu, perlu ke salinan IC, dan lain2 surat di "certified true copy" kan baru boleh hantar ke JKKP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ahmad,
      Rujuk kepada Checklist yang diperlukan sptmana yang diminta oleh pihak DOSH..layari website dosh untuk lebih lanjut.

      Delete
  22. Salam sejahtera tuan Mohd Rosly Abd Jalil,

    Saya pelajar politeknik dalam jurusan kejurteraan elektrik yang kini dalam semester akhir. Saya amat berminat dalam bidang SHO ini. Saya ada mengetahui short course SHO selama 8bulan melalui kenalan dan ingin mengambil short course SHO ini setelah tamat pengajian nanti. Adakah ini langkah yg terbaik pada hemat tuan?

    Mungkin tuan boleh memberikan panduan kepada saya memandangkan saya masih hijau mengenai SHO ini. Pandangan dan komen tuan sebagai orang lama sangat saya hargai.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHO course memerlukan commitment tinggi serta tanggungjawab yang besar apabila memperolehi Green Book nanti.Disamping itu,setelah berjaya lulus SHO Course,anda perlu mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang Safety sptmana syarat yang ditetapkan oleh pihak DOSH.Apapun,tahniah kerana meminati bidang SHO ini yang saya rasakan antara tugas yang mulia.

      Delete
    2. SHO course memerlukan commitment tinggi serta tanggungjawab yang besar apabila memperolehi Green Book nanti.Disamping itu,setelah berjaya lulus SHO Course,anda perlu mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang Safety sptmana syarat yang ditetapkan oleh pihak DOSH.Apapun,tahniah kerana meminati bidang SHO ini yang saya rasakan antara tugas yang mulia.

      Delete
  23. Salam tuan rosly.. jika saya dah tamat course SHO.. adakah pihak NIOSH akan sediakan senarai Syarikat yg memerlukan jawatan SHO atau kita cari sendiri.. ada kenalan saya bg tau.. course dah ambil beribu2.. ada setengah Syarikat tak ambil fresh graduate.. dan ada yg setengah Syarikat tak kukuh.. kerja 2 3 bulan gaji tak berbayar..itu yg kenalan sy sampaikan.. adakah benar perkara ini terjadi tuan..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. NIOSH tidak menyediakan peluang kerjaya selepas tamat course SHO.Memang perbelanjaan untuk Course SHO melibatkan kos yang tinggi..sebab tanggungjawab SHO pun tinggi..risiko pun tinggi...tetapi jika ada rezeki,pendapatan pun tinggi..hihii

      Delete
    2. inshALLAH... tuan.. bolehkan saya tahu tentang perbezaan "YELLOW BOOK" dan "GREEN BOOK"... jika mcm saya yg baru hendak ambil safety course adakah sy kene bermula dgn "YELLOW BOOK"?

      Delete
    3. En Azim Mazlan,
      "Yellow Book" adalah untuk mereka yang mengambil kursus "Site Safety Supervisor" yang khusus untuk mereka yang terlibat dalam industri pembinaan (Construction).Green Book pula adalah mereka yang mengambil kursus Safety Health Officer (SHO)

      Delete
  24. Salam Tuan,..

    Tertarik minat berkenaan safety and health officer ni ketika saya bekerja di KLIA 2 Project sebagai site supervisor...soalan saya, bolehkah pembayaran kos program tersebut di buat melalui account 2 KWSP saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Azmi,
      Saya tak pasti samada kos program boleh menggunakan account 2 KWSP..sila rujuk pihak berkaitan (NIOSH / EPF) jika ada kemudahan tersebut.

      Delete
  25. Salam Encik Rosly..

    Saya sedang menjalani khursus SHO dan akan tamat pada 11.7.2014.. saya ada beberapa pertanyaan.. Selepas saya tamat khursus 22 hari.. boleh ke saya guna sijil tuh untuk cari kerja dalam bidang Safety and Health.. sebab saya tak ada pengalaman tentang SHO.. saya dah lihat kebanyakan majikan perlukan orang yg berpengalaman.. sedang kan saya tak ada pengalaman.. lepas itu saya dah lihat PAPER 4.. WPA (workplace assignment).. di tempat kerja saya SHO committee pon tak ada.. macam mana saya nak kumpul semua pengalaman dalam bidang SHO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh guna da utk cari keje, tp susah ckit, wlaupun begitu jgn risau sbb rezki tuhan tentukan, yg penting en.ramli lepas dulu ke empat2 paper, da lulus barulah berjuang sehabis baik, klu safety committee takde, maka suda menjadi tanggung jwb en.ramli utk tubuhkan, buat surat htr dgn bos, klu taktau mcm mana nak start, minta tunjuk dgn otai safety, join safety forum, mesti diorang tolong.

      Delete
  26. salam Encik Rosly
    nama saya dharavin dan berumur 18 baru lepasan spm dan ingin tanya beberapa perkara pengenai program sijil SHO yang ditawarkan oleh Niosh malaysia
    Soalan saya adalah
    1: apa saya harus buat selapas tamat 22 hari
    2: bolehkan saya apply kerja dengan sijil penyertaan selepas tamat 22 hari atau harus duduki 4 kertas dulu
    3: boleh kah encik terangkan career pathway dlm bidang ini
    terima kasih ENcik Rosly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sye tolong jwb pertanyaan saudara.
      1.ambik exam sho 4 paper
      2.boleh keje da tp lebih baik ambik 4 paper dulu
      3.career dlm safety terlalu luas, tp skop ialah memastikan keselamatan berada pada tahap paling maksimum sama ada pada manusia atau pun pada harta benda

      Delete
  27. terima kasih saudari
    lagi sikti nak tanya sorry ya kalau banyak tanya
    lepas lulu empat paper tu habis lar exam dah tak payah duduk utk exam sampai dpt green book ..ataupun exam nie hanya untuk tahap sijil je ..selepas 3 tahun kerja masa nak ambil green book tu kena duduk exam lagi tak .
    2) adakah diploma diperlukan untuk ambik green book ..dan bolehkah saya berkerja di oversea dgn green book tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dharavin Dren,..setelah anda lulus semua 4 paper SHO tersebut,anda terus bawa result lulus untuk mendaftarkan di DOSH/JKKP di Putrajaya.Anda juga perlu mematuhi beberapa kriteria semasa mendaftar keputusan lulus exam 4 paper tersebut.Walaupun lulus 4 paper,anda juga perlu mempunyai pengalaman dalam bidang Safety selama 3 tahun atau lebih,mematuhi semua kelayakan yang ditetapkan dalam checklist yang disediakan oleh DOSH dan perlu menghadiri sessi temuduga jika dipanggil..Setelah selesai dan mematuhi kriteria / checklist yang ditetapkan oleh pihak DOSH,barulah anda akan 'dianugerahkan' Green Book atau orang yang berkelayakan (Competent Person' dibidang OSH.Harap dapat penerangan yang jelas dari saya.Terimakasih.

      Delete
  28. Salam En. Rosly,

    Bape lama nak dpt result dpt green book? saya dh hantar 27 hb June 2014.. x sabar plak nk tau result dpt ke x..harap2 dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Myn,

      Result Green Book yang dihantar ke JKKP/DOSH memang mengambil masa dan bergantung kepada pihak DOSH HQ yang membuat pertimbangan.Saya tidak dapat menentukan tempoh masa tersebut.Kena selalu menghubungi pihak DOSH HQ .

      Delete
  29. salam.
    Encik rosli saya nik..seorang ppkp
    bleh x encik tunjuk ajar saya camne nak jadi sho dari seorang ppkp..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ryuzaki,

      apa maksud PPKP ??..untuk jadi SHO,sila baca / scroll komen yang saya tulis dalam ruangan ini...

      Delete
  30. Salam tuan. Maaf saya cuma ingin minta padangan dan pendapat tuan. Saya ini hanya ada kelulusan spm sahaja. Saya berminat untuk menjadi sho. Pengalaman berkerja saya tiada. Saya banyak pengalaman ke bidang finance. Apa pendapat tuan , step pertama untuk saya menjadi sho. Adakah saya perlu mengambil sijil di cidb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Muhammad Azim..step pertama untuk mengikuti kursus SHO,anda perlu mempunyai kelayakan dalam SPM / Diploma dan sebagainya.Kelulusan peperiksaan SPM adalah menentukan samada tuan layak atau tidak mengikuti Kursus SHO selama 22 hari.Untuk lebih lanjut,lebih baik hubungi pihak NIOSH,Bangi atau..layari www.niosh.com.my.....atau hubungi : 03-87692100 / fax :0389262900,,atau email : general@niosh.com.my ..
      moga berjaya ..tq

      Delete
  31. Salam...sy mona dr seremban...sy dapat tahu pasal sho after adik cebur bidang bawak kren di site lebih kurg 3 tahun yg lepas...tapi betul2 berminat nak belajar pada hujung tahun ini kalau ader rezki..sy harap diberi peluang dan masih tidak terlalu lambat bg umur seperti sy 28 tahun...sekarang sy bekerja di jabatan bomba selama 5tahun dan ingin tingkatkan kerjaya sy...sy hanya nampak perlu pengalaman 3 tahun dlm bidang berkaitan..perlukah sy korbankan kerjaya sy sekarang atau boleh jugak dibuat part time untuk kumpulkan pengalaman tersebut?mohon pencerahan...kalau tuan boleh email kan terus evalynna86@yahoo.com atau wasap sy 012-6483621 terima kasih baca komen sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Monalulunia...Terimakasih kerana sudi menjenguk blog SHO saya ini.Tahniah juga kerana meminati bidang SHO..Berkaitan tugas anda di Jabatan Bomba ,saya secara peribadi cadangkan anda terus bekerja sebagai jawatan tetap sekarang.Tidak perlu untuk anda korbankan kerjaya sebagai Pegawai Bomba..Sebaiknya anda belajar dan mengikuti kursus SHO secara sambilan/part time dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.Bidang SHO sebenarnya berkait rapat dengan tugas hakiki anggota Bomba..contoh : Emergency Response Plan/ERT/Hazmat/Accident @ Prevention Incident / Fire Management System etc...Sekadar pandangan peribadi saya.Tkasih

      Delete
  32. Assalamualaikum tuan rosli...
    Saya ingin bertanya...
    Adakah perbezaan antara lepasan spm yang ambil kursus 22 hari di NIOSH dengan lepasan pelajar diploma /ijazah yang ambil kursus 22 hari di NIOSH...
    Saya lepasan spm...
    Kalau ada tiada perbezaan mengambil kursus 22 hari di NIOSH antara lepasan spm dan lepasan diploma /ijazah,lebih baik saya ambil lepas spm ini kan???
    Harap tuan boleh jawabkan...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mamat..step pertama untuk mengikuti kursus SHO,anda perlu mempunyai kelayakan samada dalam SPM / Diploma dan sebagainya.Kelulusan dalam peperiksaan tersebut akan menentukan samada anda layak atau tidak mengikuti Kursus SHO selama 22 hari tersebut.Untuk lebih lanjut,lebih baik hubungi pihak NIOSH,Bangi atau..layari www.niosh.com.my.....atau hubungi : 03-87692100 / fax :0389262900,,atau email : general@niosh.com.my ..
      moga berjaya ..tq

      Delete
  33. salam tuan,sye ingin bertanyakan mengenai cadangan tuan kepada en monalulunia muhamad jamal..Tuan mencadangkan beliau mengikuti kursus part time sahje.jd persoalan sye adakah dengan pensijilan kursus part time tersebut dapt di jadikan "side income" sbg penceramah atau lain-lain..mohon pencerahan..kerana sya juga soarang anggota bomba seperti en monalulunia muhamad jamal

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ikhwan Mamat,

      Yer saya cadangkan supaya mengambil kursus persijilan SHO secara sambilan..belajar hujung minggu selama 22 hari seperti saya sebab saya pun ada kerja tetap...kalau yang ambil kursus sepenuh masa ianya bersamaan dengan 22 hari..Kursus persijilan dan peperiksaan tetap sama samada full time atau part time..Selepas berjaya dan menjadi seorang SHO Competent Person,barulah buat 'side income' pulak..secara part time pun boleh...kerja tetap ada,side income dapat..Dua-dua masyukkk...hihii..saya buat cara macam tu..untuk lebih lanjut,boleh layari blog 'side income' saya di www.roysafety.blogspot.com atau Facebook : Afq Training And Services ..Kalau nak join jadi penceramah syarikat saya pun boleh..dengan syarat : Berwawasan,Pro Aktif,Berdedikasi serta sedia menggalas tugas yang diamanahkan....Tkasih

      Delete
  34. klau ambil dploma in occuptinal safety and health ok tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marcellus...Memang sangat-sangat dialu-alukan jika dapat mengikuti Diploma in OSH...apapun,kena betul-betul minat,belajar bersungguh-sungguh dan mempunyai perancangan yang betul...Moga berjaya !!

      Delete
  35. Salam En Rosli

    Ramai bekas tentera dan polis menceburi bidang keselamatan sebagai security supervisor dan security manager di syarikat-syarikat keselamatan.

    Adakah kursus ini sesuai dan berguna buat golongan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mohd Najib,

      Saya cuma nak memperbetulkan istilah "Keselamatan " supaya kita tidak terkeliru dengan "Security" dan 'Safety'...Security dalam istilah bahasa adalah 'Sekuriti'..contoh seperti..Pengawal Keselamatan / Security Guard dsbnya..security ini lebih kepada soal menjaga keselamatan harta benda/aset syarikat supaya tidak dicuri dan memastikan orang awam mematuhi peraturan sesuatu organisasi....Safety yang kita bincangkan disini pula adalah berkaitan soal "Keselamatan & Kesihatan Orang Yang Sedang Bekerja" atau Occupational Safety & Health (OSH)..seperti mematuhi peraturan supaya jangan ada yang cedera semasa bekerja,akta keselamatan dan kesihatan pekerjaa (OSHA) dan sebagainya..walaupun sering disebut "Keselamatan" tetapi bidang kerja Safety Officer dengan Security Officer adalah berbeza.Moga dapat merungkai persoalan berkaitan istilah "Safety atau Keselamatan"...Walaupun kadang-kadang ada orang yang boleh menjadi pekerja "Multi Skill" sebagai seorang Security + Safety Manager dalam satu masa...tkasih

      Delete
  36. Assalam En. Rosli.

    Saya ingin memohon untuk menjadi AHLI NIOSH.
    Tetapi memerlukan ahli sediaada untuk menyokong permohonan.
    Bolehkan Encik menyokong permohonan saya?
    Jika boleh, saya ingin memohon email atau kaedah untuk dihubungi.

    Sekian, terima kasih.
    Reemy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam En Reemy,

      Maaf ,saya belum menjadi ahli NIOSH setakat ini.

      Delete
  37. salam en rosli..saya amin akan mengikuti kursus sho pada september 2014..dan saya dari background perakaunan berminat dengan sho.saya pon beralih arah ke bidang ini..persoalan saya lepas kursus bole kerja di bidang ini terus atau kena abiskan exam 1,2 dan 3 dahulu.saya baca komen sebelum ini..exam kena ambik dalam masa 2 tahun kan..dengan saya yang totally memang tak ada pengalaman dalam bidang ini.bagaimana dengan pandangan encik??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En Amin,
      Saya cuba jawab satu persatu yer..
      1.Backgroud Account : Sesiapa sahaja boleh mengikuti persijilan SHO..namun saya sarankan dan ingatkan bahawa sesiapa sahaja perlu ada Minat,Kesungguhan,Fokus,Komitmen serta Berkorban dari segi tenaga,masa dan wang ringgit..Jangan sampai separuh jalan apabila timbul rasa 'boring',jemu,buang masa dan terbantut kerana ada komitmen lain.
      2.Beralih ke bidang ini (OSH) - Memang bagus tetapi tugas OSH/Safety & Health perlu menumpukan sepenuhnya ke bidang ini..bukan apa,takut nanti hilang fokus..Maklumlah,ini adalah bidang keselamatan,kesihatan pekerjaan.Ianya melibatkan sistem pencegahan kemalangan,memastikan tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dan sebagainya..Oleh itu,bidang tugas ini memerlukan fokus,kesungguhan dan komitmen.
      3.Lepas kursus boleh kerja bidang ini ?...Saya tak boleh jamin untuk dapat kerja dalam bidang safety sebab terpulang kepada sesuatu syarikat tersebut ingin mengambil pekerja tanpa selesai exam kertas 1,2 & 3...namun,ada syarikat yang sudi mengambil pekerja yang tiada SHO tetapi diletakkan dalam jabatan Safety.Jadi tertakluk kepada keperluan syarikat.
      4. Exam kena ambik dalam masa 2 tahun..Ini bermaksud,jika En Amin ambil exam kertas 1 atau 2 pada hari ini,En Amin perlu selesaikan semua Exam kertas 1,2,3 dan 4 dalam tempoh 2 tahun..Jika dalam masa 2 tahun tak selesai kesemua ke empat-empat kertas tersebut,En Amin perlu menjalani semula kursus SHO 22 hari semula. (Itu syarat sejak 7 atau 8 tahun dulu..kalau ada perubahan sekarang saya tak pasti)
      5.Saya Totally Tiada Pengalaman :...Saya juga memang bukan asal dari safety..saya dari HR/Admin..tetapi setelah terjebak dlm bidang ini,saya belajar dan belajar dan belajar bersungguh-sungguh ,fokus,fokus,fokus...sehingga saya jadi seperti hari ini...Tkasih..harap dapat membantu .

      Delete
  38. Assalam tuan.saya nk tanye susah sgt ke keempat2 exam tu?kite ni bukn=an cerdik sgt tpi mmg minat nk jdi SHO.and lagi satu klau SHO ni boleh jugak kerja kat darat kan?x semestinye kerja dekat laut kan?mohon tunjuk ajar.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Amir Asyraf..Terimakasih dan syabas kerana meminati bidang SHO ini..berkaitan dengan soalan samada susah atau senang tu,ianya bergantung dengan kesungguhan kita semasa kita menjalani kursus SHO selama 22 hari tersebut,fokus kita terhadap pembelajaran serta kerajinan kita menambah ilmu sepanjang mengikuti kursus tersebut.Memang saya menghadapi situasi yang sama jugak..'tidak cerdik'..tetapi saya paksa diri untuk 'study hard' hingga boleh lulus semua 4 paper dan dapat SHO Green Book..SHO sebenarnya boleh bekerja dimana-mana samada dilaut,darat atau udara...Tkasih.

      Delete
  39. salam tuan, saya hendak menjadi hso ni.adakah saya perlu ambil kursus di niosh dahulu atau menimba pengalaman 3 tahun?pekerjaan apa yang sesuai untuk menimba pengalaman 3 tahun itu?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En Abc,,

      Untuk menjadi SHO,anda boleh menimba pengalaman dulu..dan juga sebaliknya,anda boleh mengikuti kursus dan kemudian menimba pengalaman 3 tahun..Pekerjaan samada dibidang construction,industri dll berkaitan safety seperti Side Safety Supervisor,Safety Committee di kilang dsbnya...tkasih

      Delete
  40. salam Tuan Rosly. saya sekarang ni tahun 3 degree electronic engineering. saya sangatlah tak berminat dengan course ni & ditakdirkan pulak result saya tersangatlah teruk. jadi saya ada plan untuk berhenti belajar dan ambik kursus di NIOSH tu. boleh ke NIOSH accept pelajar yg macam saya ni? setakat ada SPM je & langsung tiada pengalaman kerja. atau ada tak IPTA/IPTS yg tawarkan course OSH ni? saya dah buntu memikirkan hal ni. mohon pendapat Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Firdaus Hilmy...Pihak NIOSH menerima kemasukan kursus SHO bergantung kepada kelayakan.Hubungi terus pihak NIOSH untuk syarat-syarat kemasukan.Tak semua IPTA/IPTS menawarkan course tersebut..So,kena rajin2 search atatu hubungi NIOSH untuk maklumat lanjut.tkasih

      Delete
  41. Salam Tuan Rosly, saya ingin bertanya, adakah calon pemohonan SHO masih boleh diberikan Green Book selepas gagal dalam persoalan oleh JKKP semasa dalam temuduga? Adakah temuduga ini tidak mempunyai kekuasaan yang sah untuk menentukan kelulusan calon dalam permohonan SHO, sedangkan kelayakan calon SHO hanya perlu memenuhi syarat kelulusan persijilan NIOSH dan mempunyai pengalaman dalam OSH selama 3 tahun yang senarai dalam peraturan 6, Safety & Health Officer 1997?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Winson Pang,
      SHO hanya boleh dapat green book hanya selepas berjaya sessi temuduga oleh JKKP.Pihak JKKP memang berkuasa samada untuk memberi pertauliahan green book.Ianya bergantung samada kita memenuhi syarat ataupun tidak.Memang itu kuasa pihak mereka walaupun kita lulus persijilan SHO dan berpengalaman dalam OSH selama 3 tahun atau lebih..tkasih

      Delete
    2. Terima kasih atas jawapan daripada tuan, tetapi pengesahan temuduga ini tidak disenaraikan dalam peraturan 6, pengawai keselamatan dan kesihatan 1997.
      Bagi saya, syarat-syaratnya hanya dapat kelulusan dalam ujian dan mempunyai 3 tahun pengalaman. Sebab soalan mereka tanya bagi saya adalah telalu subjective, Kadang-kadang mereka tidak setuju jawapan yang saya berikan. Ini seolah-olahnya hanya menyusahkan kita yang telahpun berjaya dalam pemeriksaan sebelum ini. Kalau pengawai JKKP mempunyai kuasa sedemikian, maka apakah makna dengan adanya kelulusan sijil kertas 4 itu. Bagi taksiran saya, kita tidak boleh melakukan kekuasaan yang luar biasa selain ia telahpun disenaraikan dalam undang-udang. Terima Kasih.

      Delete
    3. Salam En.Winson Pang,

      Kawan ada temuduga JKKP pada bulan oktober ini. Tolong En. share soalan- soalan temuduga JKKP itu? Terima kasih.

      Delete
  42. Assalamualaikum en.Saya lepasan Diploma Elektrik Peralatan dari Uitm Dungun.Saya berminat untuk mengikuti kursus SHO ini. Tapi timbul tanda tanya berkenaan peperiksaan 4 kertas tersebut kerana kelayakan SPM saya tidak seperti yang ditetapkan. Bolehkah saya menggunakan diploma saya untuk meneruskan peperiksaan tersebut??
    In Sya Allah saya akan mengambil kursus SHO awal bulan 11 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khairul Arifin,

      Peperiksaan 4 kertas SHO adalah apabila anda telah tamat mengikuti Kursus Persijilan SHO selama 22 hari..Oleh itu,pastikan anda layak mengikuti kursus SHO terlebih dahulu sebelum memikirkan peperiksaan 4 kertas SHO tersebut.Untuk kelayakan SHO,sila layari website NIOSH untuk maklumat lanjut.Tkasih

      Delete
  43. assalamualaikum tuan...saya dpt tawaran melanjutkan pelajaran di kolej ronaco kemaman dalam bidang OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH...minta pendapat tuan hbs saya belajar boleh ke saya mengikuti kursus SHO...dan apa prospek kerjaya tuan...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Datu Apiqx...

      Sesiapa sahaja boleh mengikuti kursus SHO dengan syarat mereka memenuhi syarat untuk mengikuti kursus tersebut.Maklumat lanjut sila layari website NIOSH,bangi..tkasih

      Delete
  44. Salam tuan,
    Can you share the example or title2 question of paper 1,2,3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This SHO question normally is basic OSH principal...What is OSH Policy,Safety Committee,Responsible Of Employer,Employee (Sect 15 & 24 OSHA) etc...better attend SHO prepare Exam Class (how to answer question) after you finish this 22 days SHO Course.

      Delete
  45. salam tuan , saya perlu daftar dimna untuk mendapatkan kursus sho ni ? saya dah cari tapi tak jumpa-2

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Syauhir Akmal,

      Try visit : www.niosh.com.my utk lebih detail ...atau baca posting yang telah saya nyatakan dalam blog ini.

      Delete
  46. Salam tuan, senang dapat kerja tak jika selesai/tamat ambil kursus ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang atau susah dapat kerja agak subjektif sebab saya sendiri tak dapat nak tentukan dan pastikan 'confirm' dapat kerja selepas tamat kursus SHO ini...ianya bergantung kepada keperluan pasaran dan permintaan sesuatu syarikat

      Delete
  47. assalammukalaikum en rosli ...
    tq atas segala maklumat tentang dosh...saya dpt byk jugak ilmu dr blog ni dan saya akan gunakan utk memberikan maklumat kepada pelajar2 yg ingin mengambil pragram ini...coz bidang ni sgt2 bagus..kpd pelajar yg minat nk ambik diploma dosh boleh pm or whatssap saya di 0136626846..tq en rosly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Has Nor,

      Saya sekadar ingin berkongsi dari pengalaman saya dalam bidang OSH ini.Oh ya!sekiranya ada kolej atau mana-mana institusi yang inginkan ceramah serta talk percuma (2/3 jam),boleh hubungi saya dan saya perlukan surat jemputan sahaja....Sharing is Caring..tq

      Delete
  48. Assalam En. Rosle. Mohon maaf, saya ikin, ingin minta pandangan atau nasihat daripada En. Rosli sebagai panduan. Saya adalah graduan IPTA lulusan Kejuruteraan Alam Sekitar yang masih lagi menganggur tetapi ingin menyambung pengajian dalam bidang SHO di Niosh. Apakah cadangan atau nasihat En. Rosli, untuk saya mengatasi kekangan kewangan yang memudahkan saya menyambung pengajian saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ikin,Sekiranya masih menggangur,elok rasanya mempelajari bidang OSH di NIOSH..apapun,training untuk SHO memakan belanja lebihkurang RM5000..terpulang kepada Ikin samada ingin mengikuti kursus ini yang dijalankan di NIOSH Bangi..selama 22 hari...terimakasih

      Delete
  49. Salam sejahtera Tuan. Sya ex army dan berminat menyertai kursus SHO selama 22 hri. Persoalannya bolehkah pengalaman sbg tentera diguna pakai dlm kerjaya SHO.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Jesse Kap,

      Pengalaman sebenarnya adalah di bidang Safety selama 3 tahun..Sekiranya semasa berkhidmat dalam ATM tuan ada pengalaman dalam bidang safety,ianya tiada masalah...Pengalaman adalah dibidang Occupational Safety (Keselamatan Pekerjaan) tidak kira dalam apa jua organisasi anda bekerja..tkasih

      Delete
  50. salam sy br je hbs kursus tp blm amik exam.boleh ke sy apply jd SO kt mna2 company hny mnggunakn sijil kehadiran kursus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Emmertt's Passion,

      Terpulang kepada syarikat tersebut untuk menerima anda menjadi SHO dengan hanya menggunakan sijil kehadiran kursus..Anda dikira beruntung sekiranya syarikat tersebut sudi menerima anda tanpa anda memiliki Green Book SHO....tetapi anda sebenarnya masih lagi bukan 'Competent Person' sebagai SHO.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan ditempat kerja,anda tetap bertanggung jawab untuk melapurkan kepada pihak berkuasa.tkasih

      Delete
  51. Assalamualaikum encik rosli...
    Boleh terangkan tak cara mengambil empat paper tu selepas kursus 22 hari???
    1. Contohnya bila boleh ambil paper 1,2,3,4...
    Sama ada selepas kursus atau selepas ada pengalaman kerja???
    2. Bagaimanakah cara nak mendapatkan green book dan yellow book???
    Adakah selepas ada pengalaman kerja tiga tahun atau akan dapat selepas exam 4 paper tu???
    Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Mamat Mat,
      S1.Bila boleh ambil paper 1,2,3,4 ?
      J1..Selepas habis kursus SHO selama 22 hari
      S2.Bagaimana nak dpt Green Book ?
      J2..Selepas lulus semua 1-4 paper exam dan selepas memperolehi pengalaman selama 3 tahun dan berjaya dalam temuduga oleh pihak DOSH (sekiranya ada dipanggil interview).
      S3 : Nak dapat Yellow Book?
      J3 : hadir kursus yellow book di KLIA Kolej dan perlu lulus ujian dan pengalaman ...dpt title SSS (Site Safety Supervisor)..google KLIA Kolej utk lebih lanjut.

      Delete
  52. Assalamualaikum En. Rosly,

    Saya ade nk tanye skit pasal kursus SHO secara part time. Saya berminat nk ambil sijil ni tp ade kekangan masa pasal skrg da keje kn. keje offshore plak tu. g offshore pon schedule x menentu. jadi, sy nk tanye kalu kite amik kursus part time jumaat n sabtu (kalau kat kemaman la), tp bile terpakse g offshore, boleh ganti x kelas2 yang tertinggal tu? sbb ape yang saya thu kehadiran diambil kira untuk dapatkn sijil kehadiran, mesti 80% kalau xsilap. kalau x, xdpt la sijilnye. kalau xdpt sijil memang xdpt la amik exam kn. ke ade cara laen untuk amik kursus ni?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Muhammad Saifullah Badrul Aini,
      Untuk Kursus SHO secara part time ini,saya tak pasti samada anda boleh skip dan mengikuti kelas ganti pada hari2 yang tertinggal...Itu saya tak pasti sebab setahu saya,Kursus perlu dihadiri dalam tempoh dan masa tertentu...Rujuk iklan yang saya post dalam ruangan ini untuk maklumat lanjut..Kursus SHO yang ditawarkan,Tkasih

      Delete
  53. Replies
    1. Mc Son,

      Salam Tuan Mc Son...ada apa2 yang boleh saya bantu ?

      Delete
  54. salam tuan,sy lansung tiada pgalaman dlm safety even basic pun xde.tp sy bminat nak ceburi bidang ni.since sy kje under construction company as clerk shje sy muka minat dgn care keje safety.but sy pernah btnye dgn pkrja safety bout dis course,dia tak sarankn sy ambil sho course sbb agak ssh utk sy catch up utk belajar since sy xde basic dlm safety.and dia sarankn sy utk dptkn yellowbook dgn mgambil course sss.disitu sy agak keliru dgn statement tsebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shirley Chuta,tahniah kerana meminati bidang Safety walaupun tiada basic dan pengalaman dibidang ini.Untuk pengetahuan,semua orang sebenarnya tiada basic safety sejak lahir termasuk saya.So,jangan bimbang sebab kita boleh belajar dan peluang memang ada..Course SHO adalah untuk mendapatkan green book..cost dan module SHO boleh dilihat pada iklan yang saya pamirkan dlm blog ini...Untuk SSS(yellow book) ini,ia adalah bermaksud Site Safety Supervisor yang memantau,mengendalikan serta memastikan soal keselamatan di Tapak Bina (Construction) sentiasa terpelihara.Yellowbook maybe mengambil masa yang singkat kursus tersebut dan kos yang rendah berbanding dengan SHO.Apapun,terpulang kepada Shirley Chuta memilih mana yang sesuai dengan tugas yang ingin diceburi..SSS kebiasannya diperlukan di Construction site tetapi SHO merangkumi semua jenis industri dan mempunyai skop kerja yang lebih luas.

      Delete
  55. s1: dlm paper 4 part 1 ade WPA, so mcm mn sy hendak siapkan asgnmnt ni sdgkan sy langsung xde pgalaman bkerja dlm bidang ni? ade kah sy kn cri kerje dulu once hbis course and then siapakn asgnmnt spt yg dlm exam requirement?
    s2 : once dah hbis course ini, boleh tak sy apply kje dlm bidang ni wlpun blm selesai mgambil exam?adekah peluang bkrja luas wlpun blm hbis ke 4 4 paper? and adakah peluang bkrja juga luas once dh hbis exam?
    s3 : one dh hbis course 22 hari,kne ambil exam trus ke? and kne ambil exam pd bila2 msa dlm 2 thn atau sudah dijadualkan mgikut tarikh n masa trtentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shirley Chuta,
      J1 :WPA adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh semua calon Exam Paper 4 SHO.Suka tak suka kena ikut arahan samada cari pengalaman,bekerja dibidang berkaitan,tumpang kerja sementara di mana-mana industri berkaitan dsbnya.Pihak NIOSH/DOSH mementingkan WPA adalah untuk kita menimba ilmu,mencari ilmu serta mempelajari semua ilmu dalam SHO selama 3 tahun supaya kita benar-benar 'berkelayakan' sebagai pemegang Green Book @ Competent Person dibidang Safety & Health.Jadi,terpulang samada ingin bekerja dahulu dan mengambil exam SHO atau sebaliknya.Kita yang tentukan.Apa yang pasti,pihak pemeriksa (examiner) hanya ingin melihat WPA anda..cara macamana anda buat WPA adalah terletak kepada inisiatif dan usaha anda.
      J2.Terpulang kepada syarikat tersebut untuk menerima anda menjadi SHO dibidang Safety dengan hanya menggunakan sijil kehadiran kursus..Anda dikira beruntung sekiranya syarikat tersebut sudi menerima anda tanpa anda memiliki Green Book SHO....tetapi anda sebenarnya masih lagi bukan 'Competent Person' sebagai SHO.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan ditempat kerja,anda tetap bertanggung jawab untuk melapurkan kepada pihak berkuasa.Soal peluang luas untuk bekerja dibidang ini,saya sukar meramalkan kerana bukan saya tentukan..bergantung kepada pasaran dan permintaan (rujuk dan baca komen saya yang lepas dalam blog ini)
      J3 : Selepas habis course 22 hari,terpulang kepada anda untuk pilih tarikh exam...anda yang tentukan jika sudah bersedia untuk menduduki exam tersebut..TETAPI ! perlu menduduki exam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak NIOSH....Saya pun sebenarnya ambil exam SHO selepas hampir setahun selesai 22 hari course...Tak perlu nak terburu-buru dan tergesa-gesa kalau belum bersedia....
      TETAPI !!!..sekiranya anda telah mengambil salah satu exam (Contoh Paper 1),anda kena selesaikan kesemua exam paper 1-paper 4 SHO dalam masa 2 tahun..Kalau tak selesai exam dalam tempoh tersebut,anda kena menduduki semula course SHO 22 hari semula..Harap anda faham dengan prosedur Exam SHO ini..Kalau rasa kurang pasti dengan penerangan saya ini, sila layari : www.niosh.com.my...atau hubungi : 03-87692100 / fax : 0389262900,,atau email : general@niosh.com.my

      Delete
  56. Assalammualaikum Tuan.. Taniah diatas pencapaian Tuan.. Saya sekarang sedang pratikal dalam HSE corporate dan HSE marine.. Saya pun berharap apabila cukup pengalaman saya akan mendapat green book seperti Tuan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Syabas dan tahniah..Moga anda berjaya dalam bidang HSE yang sedang dijalankan...

      Delete
  57. salam.. 1 prkongsian yg bagus.. tahniah! sy nk tnya.. sy fresh graduate from uitm in diploma in business studies.. tp sy berminat nk ceburi bidang safety nih.. bolehkah? bgaimana caranya? sy juga seorang perempuan.. ada peluang x utk sy ceburi? mitak pencerahan tuan rosly.. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nue Afiqah...Terimakasih kerana meminati bidang OSH..Sebenarnya sesiapa sahaja boleh mengikuti kursus SHO dengan syarat mereka meminati dan memenuhi syarat untuk mengikuti kursus tersebut.Saya juga sama seperti anda yang pada awalnya langsung tidak tahu cara dan bagaimana mengikuti bidang Safety ini...Untuk gender 'perempuan' pun tiada masalah dan safety bukan hanya untuk lelaki sahaja.Malah SHO Perempuan juga ramai menceburi bidang safety ini...So,untuk lebih lanjut sila layari website NIOSH,Bangi atau lihat iklan kursus SHO yang saya upload dlm blog ini...tkasih

      Delete
  58. salam,saya teruja dgn perkembangan kerjaya tuan,saya seorang penolong pegawai perubatan berhajat ingin sambung belajar dalam bidang sho. kalau pengalaman kerja tak lebih 3 tahun mmg takkan dapat green book ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. All About Me,
      Terimakasih kerana sudi membaca kisah diri saya dalam blog ini.Saya menyokong hajat anda untuk terus menyambung pelajaran di bidang SHO ini..Ya,memang pengalaman kerja lebih 3 tahun diperlukan untuk dapat green book kerana termaktub dalam peraturan OSHA 1994...Semua yang ada green book perlu melalui peraturan yang sama iaitu mempunyai pengalaman 3 tahun..Tkasih

      Delete
  59. selama menjalani kursus 22 hari tu nnti, ade tak dieorg brief mcm ne nak jwb soalan2 waktu exam, cth2 soalan and etc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shirley Chuta,

      Selama menjalani kursus SHO selama 22 hari tersevut,pihak NIOSH atau pengajar berkenaan memang ada brief untuk cara-cara untuk nak jawab soalan-soalan exam,contoh2 soalan dan tips yang berguna untuk lulus exam SHO tersebut.Disamping itu,ada juga disediakan bengkel menjawab soalan Exam SHO (kalau tak silap sehari) untuk mereka yang berminat untuk hadir dan ingin tahu lebih lanjut sebelum menduduki exam tersebut..jangan risau,mereka akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan terpulang kepada kita untuk terus belajar...tq

      Delete
  60. Salam, sy skrg bekerja sbg juruteknologi makmal perubatan (jtmp) dan berminat untuk menjadi sho. Adakah pengalaman sy bekerja sbg jtmp termasuk dalam pengalaman 3 tahun yang diperlukan utk mendptkan green book? adakah perlu untuk sy sambung dlm bachelor in occ safety & health atau sy boleh terus hadir kursus 22 hari tersebut? sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shu Mei,

      Pengalaman dibidang 'Safety' selama 3 tahun memang diperlukan sptmana yang telah saya nyatakan dalam komen2 sebelum ini.Justeru itu,sekiranya bidang tugas anda sekarang ini ada berkait rapat dengan tugasan 'safety & health',saya rasa tak der masalah...Tugas berkaitrapat spt contoh : Anda sebagai Safety Committee di tempat kerja anda,ada menjalankan audit safety setiap bulan,minggu atau tahunan,terlibat dgn safety meeting,ERT,penyiasat kemalangan ditempat kerja,safety program dan sebagainya..semuanya perlu "REKOD" dan ada 'BUKTI" (evidence) sebagai lapuran semasa membuat permohonan Green Book untuk kali pertama nanti.Pihak DOSH/JKKP memerlukan evidence dan pengalaman 3 tahun sebegini sebagai memastikan anda layak dianugerahkan sebagai "SHO Competent Person".Oleh itu,untuk mendapatkan green book SHO ini,tak semestinya perlu menyambung belajar samada dlm Bachelor / degree dsbnya.Rujuk iklan Kursus SHO yang saya post dalam blog ini berkaitan syarat-syarat dan kelayakannya.Tkasih

      Delete
  61. Salam.

    Saya tak pasti sama ada soalan ini sudah di tanya atau belum. Saya baru habis dip dan akan sambung degree dalam bidang Pendidikan Elektronik.

    1. Seperti yang saya tahu , minima utk SHO adalah spm atau setidaknya dip. Jadi jika saya ada degree, apa kelebihannya ? atau hanya sia2.

    2. Selepas menjalani kursus 22 hari seperti yang comment2 di atas, adakah saya perlu mencari tempat kerja sendiri atau akan di sediakan ?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dzulhifzie K..

      Maaf lewat membalas comment anda..maklumlah,saya agak sibuk sejak sebulan dua ni..apapun,terimakasih kerana sudi menjenguk blog saya ini..
      1.Untuk jadi SHO,sesiapa sahaja boleh memohon samada dari SPM atau Degree..dengan syarat memenuhi kelayakan yang diperlukan (rujuk contoh iklan yang saya siarkan dalam blog ini)...
      2.Apakah kelebihan ? Kelebihan anda ada Degree + Green Book..atau anda anda SPM + Green Book..itu saja bezanya ...Sia-sia menjadi SHO?..terpulang kepada penerimaan atau anggapan seseorang terhadap bidang ini.Saya tak boleh nak komen..
      2. Selepas menjalani Kursus SHO 22 hari ,anda perlu mencari kerja sendiri berdasarkan kelayakan,pengalaman serta kelulusan yang anda ada.Pekerjaan tidak disediakan untuk SHO dan perlu berusaha sendiri.

      Terimakasih

      Delete
  62. assalamualaikum. tuan

    saya seorang safety supervisor di sebuah company construction. saya mahu mencapai ketahap yang lebih tinggi dalam bidang safety. saya pun bkn la dari background safety, saya belajar mekanikal sbelum ni. tapi saya diberi peluang untuk masuk kedalam bidang safety ni. bukan senang nak jadi seorang SHO, tapi saya tekad nak capai suatu ketika nanti. saya ingin bertanya kepada tuan, apekah step yang perlu saya ikut untuk melangkah ke tahap seterusnya. bagaimana hendak buat yellow book dan green book. harap tuan dapat membantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Haziq Aziz,

      Untuk menjadi SHO,anda perlu menghadiri kursus SHO selama 22 hari sepertimana yang ditetapkan oleh pihak NIOSH atau mana-mana Insitut yang diiktiraf oleh pihak DOSH.Rujuk iklan kursus SHO sptmana yang saya lampirkan diatas .
      Anda sekarang cukup bertuah kerana diberi peluang bekerja dibidang Safety .Gunakan peluang yang ada sekarang untuk menambah ilmu,tambah pengalaman dan tambah pengetahuan semasa bekerja.Ini penting kerana untuk daftar SHO,Green Book di DOSH nanti,pengalaman 3 tahun amat diperlukan.Jadi,kumpulkan semua dokumen,data,aktiviti,program,audit,inspection,lapuran harian,bulanan,mingguan serta tahunan dan simpan sebagai rujukan untuk anda nanti.Rujukan atau 'evidence' ini SANGAT PENTING kerana ianya merupakan bukti bahawa anda memang berpengalaman dalam bidang safety.Anda boleh pergi jauh dibidang safety ini dengan syarat mesti rajin,berusaha,rajin bertanya,tanamkan minat,jangan give up dan sentiasa BELAJAR,BELAJAR dan TERUS BELAJAR...saya sekarang juga masih terus belajar..
      Untuk Yellow Book ianya sebenarnya adalah pengiktirafan untuk Site Safety Supervisor (SSS atau triple S) yang menyelia aktiviti safety di kebanyakkan di projek construction/tapak bina / pembinaan..SSS @ Yellow Book Holder juga perlu menghadir kursus dan modul yang ditetapkan.
      Untuk SHO-Green Book , anda juga perlu menghadiri kursus tersebut selama 22 hari samada di NIOSH dan institusi yang diiktiraf.Rujuk maklumat saya serta komen-komen dalam blog ini utk lebih lanjut.
      Bukan senang nak jadi SHO?YA memang,semua bidang tidak mudah dan bukan sahaja SHO..tiada yang mudah dan semua kena berusaha.
      Oleh itu,belajar sebanyak mungkin dan cari pengalaman seberapa banyak sekiranya anda benar-benar ingin berjaya dalam bidang ini.

      Delete
    2. Assalam tuan,
      adakah saya kene tunggu sampai 3 tahun baru boleh apply green book? klau xckup pengalaman diorg akan tgok dri segi education ke? SHO saya ade bagitahu,dah confirm keje kt site ni terus buat green book. under company. boleh ke macam tu tuan, mohon pencerahan.
      terima kasih atas tunjuk ajar tuan, amat saya hargai.

      Delete
    3. Salam Haziq,
      Setahu saya,DOSH dan peraturan memang memerlukan 3 tahun pengalaman sptmana yang tertulis dalam peraturan SHO dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.Untuk pencerahan,sila rujuk kepada OSHA 1994 berkaitan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kesihatan (SHO) 1997 -Bahagian II - Seksyen 6 (b) menyatakan : Pendaftaran seseorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan adalah : Telah berjaya menamatkan kursus dan lulus mana-mana peperiksaan kursus itu,diluluskan oleh menteri atas syor Ketua Pengarah dan "MEMPUNYAI TIGA TAHUN PENGALAMAN" minimum dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.......saya rujuk kepada OSHA 1994..tapi hairan gak,macamana SHO di tempat kerja Haziq boleh kata macam tu ???..dia rujuk statement dari mana ?..harap dapat pencerahan.Tkasih

      Delete
  63. Salam tuan,

    Boleh tuan kongsikan kepada saya jenis latihan/ latihan asas yang perlu dihadiri oleh ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan kerja yang dilantik oleh majikan berdasarkan akta atau yang bersesuaian.

    terima kasih di atas perkongsian peribadi mengenai kisah seorang SHO.

    sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fmz,

      Latihan asas yang bersesuaian untuk ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan @ SHO Committee berdasarkan akta adalah,
      1.Safety Awareness Training
      2.Introduction OSHA 1994 & FMA 1967
      3.Accident Investigation, Prevention & Reporting
      4.Basic First Aider

      Ini adalah sebahagian dari modul training untuk SHC.Saya juga adalah OSH Trainer untuk semua topik diatas.Kalau berminat boleh menghubungi saya.Kalau ingin melihat aktiviti saya sebagai seorang OSH Trainer,boleh layari di : www.roysafety.blogspot.com

      Delete
  64. Adekah layak meminta keje selepas tamat kusus 22 hari tu? Walaupon blom lulus sepenuhnye exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ayie Basharuddin,

      Boleh..anda layak meminta kerja selepas tamat kursus tersebut walaupun belum lulus exam SHO.Ianya bergantung kepada syarikat yang menawarkan kerja kepada anda samada ingin menerima pekerja yang ada Green Book SHO atau tidak.Rujuk kepada ruangan Soal Jawab SHO yang saya tulis dalam blog ini.Tkasih

      Delete
  65. asslm'kum. en. rosly, sy mndpt twaran utk smbung blajar dlm bdang ni di Ranaco.. sekiranya sy sudah abis bljar dan mndpt diploma dlm bdang ni.. apakah yg harus sy lkukan utk mndptkn green book atau utk bdaftar dgn jkkp? mohon pencerahan En. Rosly..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam En Nizam,

      Tahniah kerana mendpt tawaran belajar dalam bidang OSH di Ronaco.Moga En Nizam berjaya dan menambah ilmu dalam bidang ini...Untuk mendapatkan green book,kebiasaannya kena mendaftar dan menghadiri Kursus SHO selama 22 hari di NIOSH...Mohon check balik dgn pihak NIOSH atau Ranaco sendiri...Selepas menghadiri Kursus SHO dan lulus Exam,baru mendafter dengan JKKP untuk mendapatkan Green Book.

      Delete
  66. salam tuan , maaf saya ingin bertanya . jika saya mengambil diploma safety and health . adakah peluang pekerjaan luas ? saya akan belajar di ICAM pekan pahang . pihak college di situ ada menawarkan kursus tersebut , tambahan lagi , pihak ICAM akan serap pelajarnya untuk bekerja di DRB HICOM . peluang ini bagus atau saya hanya perlu mengambil kursus di NIOSH sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Firdaus Naim,
      Saya cuba jawab soalan En Firdaus,
      S1:Jika ambil Dip Safety & Health (SHO),adakah peluang pekerjaan luas ?
      J1:Saya tak dapat jawap soalan ini sebab rezeki ditentukan oleh Allah.Kita perlu berusaha mencari seberapa banyak ilmu untuk berjaya.(oleh rujuk soal jawab ini dalam blog saya diatas ni).
      S2.Pihak ICAM akan serap pelajarnya bekerja di DRB Hicom?
      J2.Ini dikira bagus kerana peluang kerja telah menunggu.Dalam masa yang sama,boleh ambil kursus SHO di NIOSH atau Pusat Latihan yang ditauliahkan oleh NIOSH.
      S3.Hanya perlu ambil kursus di NIOSH sahaja ?
      J3. Terpulang kepada anda dan langkah yang anda pilih.Saya sebenarnya mengambil kursus SHO pun secara part time..(hujung minggu) selama hampir 4 bulan... Apa yang penting,usaha,tambah ilmu,cari pengalaman,buangkan rasa jemu,rasa malu,kena rajin dan minat yang mendalam dalam bidang ini...

      Delete
  67. salam en. rosly, sy student degree in construction. sy nak tahu adakah pengalaman 3 tahun yang diperlukan sblm jadi SHO merupakan pengalaman dalam bidang construction?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanani Rosli,

      Pengalaman 3 tahun untuk jadi SHO adalah pengalaman dalam bidang Safety and Health...Ini kerana semua dokumen serta rekod yang diperlukan oleh pihak DOSH/JKKP untuk mendapatkan Green Book adalah berkaitan :-
      1.Safety Committee Minute Meeting Report
      2.Pemeriksaan/Audit berkaitan Unsafe Act/Condition di tempat kerja
      3.Aktiviti serta program OSH yang dijalankan di tempat kerja
      4.Rekod-rekod berkaitan OSH dan sebagainya...
      *Semuanya berkaitan OSH dan perlu disimpan selama 3 tahun atau lebih*
      Inilah pengalaman 3 tahun yang diperlukan dalam bidang OSH walaupun anda seorang tukang sapu ditempat kerja,guru,tukang masak,pemandu dan sebagainya...

      Delete
  68. Good Evening..
    Saya ingin bertanya berapa lama tempoh kursus SSS (triple S) dan jumlah kos pembayaran..
    Apabila selesai kursus SSS berapa lama tempoh untuk mendapatkan Yellow Book.
    Thanks for sharing your blog sir..It's wonderful.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good Day Mr Gurbachan Singh,
      S1.Berapa lama kursus SSS(Triple S)
      J1 : 22 hari fulltime - (e.g Venue : KLIA Collegue..pls visit website for detail location etc)
      S2:Berapa jumlah kos pembayaran?
      J2 : RM3800 (complete exam)..exam at NIOSH Bangi.
      S3:Tempoh untuk mendapatkan Yellow Book?
      J3 : Selepas lulus exam SSS....attach slip result,supporting document,experience information regarding construction background and follow checklist from DOSH.After complete as checklist and DOSH requirement,progress to get Yellow Book (take around 2 month)....*(note : Info ini saya dapat dari kawan saya yang mengambil kursus SSS dan sharing buat semua pembaca blog saya)...Tq

      Delete
  69. salam, saya lepasan ilp skm tahap 3 kimpalan arka dan gas ,bole ke saya ambil sho?layak ke saya ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Amirul Azwan,

      Sesiapa sahaja boleh mengambil Kursus SHO walaupun dalam apa jua background.Saya sebelum menjadi SHO juga mempunyai pelbagai background seperti : seorang kakitangan kerajaan,penjaga mesin,penebar roti canai,office boy,HR Officer,Admin Executive,Public Relation Officer dan kini menjadi SHO....Kelayakan sebenarnya bergantung kepada minimum kelulusan SPM anda.Encik Amirul boleh merujuk contoh Iklan Kursus SHO yang saya pamirkan dalam blog ini untuk lebih lanjut samada anda layak atau tidak mengikuti kursus SHO ini.Terimakasih

      Delete
  70. Assalamualaikum tuan. Terima kasih kerana menulis artikel yang bagus ini. Saya berkerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant) di hospital kerajaan. Saya mmg berminat untuk menjadi SHO sejak lepasan SPM lagi. Soalan saya, boleh ke pengalaman 3 tahun saya di hospital ini digunakan utk menjadi SHO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, anda bole teruskan niat anda. Tetapi position seperti anda juga ada di offshore sebagai seorang medic. Syarat menjadi medic di offshore adalah - anda seorang MA bertauliah, lulus interview dari pihak client (Petronas carigali, Shell, etc), mempunyai sijil latihan keselamatan (Boset) dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal utk bekerja di lautan...

      Delete
    2. Saya tak perlu citer pendapatan seorang medic offshore, tapi memang berbaloi bagi seorang MA gov. Jawatan ini memang tidak diiklan di mana2, bagi permulaan lebih mudah melalui agensi pekerjaan. Atau anda boleh direct kepada company2 yg memerlukan medic. Terutama sekali company yg menyediakan kapal untuk kerja2 offshore. Bak kata pepatah ciptaan sendiri... nak masuk line oil n gas ni memang susah, tapi sekali dah terjebak insyallah ada lah rezeki nye nanti. Selamat mencuba dan semoga berjaya

      Delete
    3. Lupa utk saya ulangi requirement yg perlu anda ada:
      1) MA bertauliah - Lesen tak mati lagi..hehe
      2) Offshore medical cert by AME (approved medical examiner) cth: di Hospital Pusrawi
      3) MBoset atau Bosiet with Opito. Cth di SEQU atau Consist.
      4) Offshore Safety Passport (ini akan diuruskan oleh majikan once anda di hired)
      Harap info ini dapat membantu anda. Selamat terjebak..

      Delete
  71. Salam En Makmum Muda,

    Banyak info yang boleh diperolehi disini..Terimakasih buat Azizul Azli atas penerangan berkaitan karier sebagai MA di Offshore...Syabas,moga berjaya

    ReplyDelete
  72. assalamualaikum...saya pelajar politeknik dalam jurusan senibina..layak x jika saya ingin melanjutkan pelajaran dalam safety officer dalam peringkat ijazah nanti? @ terus amik kursus nih teros lgi senang?

    ReplyDelete
  73. Disarankan anda terus ambil kursus SHO. Saya percaya anda sudah mempunyai Diploma bukan? Diploma itu menjadi sandaran sebagai taraf pendidikan anda, manakala 'lesen besar atau key' untuk masuk bidang ini adalah Kursus SHO.

    ReplyDelete
  74. Ke mana anda harus pergi selepas menghadiri Kursus SHO?? Jawatan-jawatan tersebut mungkin sesuai untuk anda:
    1) HSE Supervisor
    2) HSE Coordinator
    3) HSE Promoter
    4) HSE Engineer (bagi mereka yg mempunyai engineering education)
    Anda boleh lihat kekosongan di internet dan akhbar. Namun bagi saya persaingan di internet agak tinggi. Anda disarankan membeli akhbar The Star hari Rabu dan Sabtu. Janganlah cari iklan kerja HSE di Metro atau Utusan.. hehe.
    Pengalaman saya menduduki kursus SHO pada tahun 2007, hanya 15% dari rakan sekelas saya yg meneruskan perjuangan dalam HSE. Yang lain tidak meneruskannya kerana atas dasar kursus itu ditaja oleh syarikat dan mereka sebenarnya tidak berminat dan ada yg berputus asa dalam mencari pekerjaan HSE. Ada juga yg dah dapat kerja pertama mereka, tapi tidak meneruskannya kerana tidak sesuai dengan jiwa.
    Pesanan saya, tiada kerja yang senang. Hati mesti kental untuk hadapi apa juga cabaran dalam bidang ini. Jangan putus asa. Bagi yg first timer, please...jangan terlalu memilih. Ada yg nak gaji besar tapi takde pengalaman, ada jugak yg nak keje dekat2 dengan rumah jer, haiiya..! ini macam susah la kawan.
    Kerja pertama saya selepas tamat kelas SHO adalah di port klang, hampir 40km dari rumah saya. Dan gaji permulaan saya RM 1500 sebulan. Saya tidak memilih sangat kerana saya adalah org baru yg memerlukan pendedahan dan pengalaman. Bila dah masuk line HSE, baru lah saya berjumpa dengan otai2 HSE di pelbagai projek dan seminar di mana ilmu mereka amat berguna utk saya. Sekarang saya hampir ada 8 tahun pengalaman dan alhamdullilah saya masih lagi meneruskan kerjaya yg menarik ini dan saya masih lagi belajar dari mereka yg lebih berpengetahuan.

    ReplyDelete
  75. Replies
    1. Miss Norsyahirah,
      Soalan SHO saya tak ada..tapi contoh-contoh soalan kita boleh dapat apabila menghadiri Bengkel Menjawab Soalan SHO yang dianjurkan oleh pihak NIOSH atau Penyedia Latihan

      Delete
  76. assalam.. saye nk tnye.. ap beza yellowbook n greenbook.. sy dgr yellow book direct 22ari.. klau green book just weekend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanie Syazwanie,
      Yellow Book untuk Site Safety Supervisor - memberi keutamaan di tapak bina (construction / pembinaan)...Greenbook (SHO) lebih menyeluruh dibidang safety samada industri,O & G,kilang,ladang dan sebagainya...Kursus Green Book (SHO) juga diadakan samada fulltime,weekend dan modul (term)..rujuk website NIOSH untuk maklumat lanjut.

      Delete
  77. Tuan, ada beberapa soalan nak Tanya ni...

    baru dapat lulus lengkap semua kertas NIOSH ... dah mula kerja sebagai safety committee secretary dan buat audit sejak 2011 tapi sekarang dah bekerja kat tempat baru... majikan baru ni tak perlu safety officer sebab tak termasuk dalam akta 514... dah pening sekarang ... macam mana nak register kat DOSH ni ... Tuan boleh tolong comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Thomas,
      Sekiranya Mr Thomas sudah lulus lengkap 4 kertas exam SHO di NIOSH,Mr Thomas sepatutnya sudah boleh daftar untuk mendapatkan Green Book SHO di DOSH / JKKP..tiada sebarang masalah kerana Mr Thomas sudah lebih 4 tahun pengalaman di bidang Safety sebagai Committee Secretary dan Safety Auditor..Tak perlu pening dan terus bawa semua dokumen serta bukti pengalaman Mr Thomas di tempat kerja yang terdahulu..

      Delete
    2. Salam Tuan Rosly, Terima Kasih comment tuan. setahu untuk daftar Green book kat DOSH memerlukan pengesahan daripada majikan bahawa masih berkerja dalam bidang OSH... adakah DOSH boleh luluskan permohonan yang tiada surat majikan.. atau perlu cari kerja lagi... kat bidang OSH... Tuan boleh tolong comment.. TQ

      Delete
    3. Mr Thomas...memang betul untuk daftar Green Book kat DOSH perlu pengesahan Majikan..Minta dapatkan pengesahan dari majikan sebelum ini bahawa anda berpengalaman dalam bidang OSH selama 3 tahun...So,semasa bekerja dimajikan terkini (sekarang),lakukan serta buat program OSH dan menjalankan safety audit dsbnya...Cuba korbankan sedikit masa dan sentiasa proaktif melakukan kerja OSH dalam kerja harian walaupun syarikat anda tidak tertakluk dlm Act 514.Itu pendapat peribadi saya supaya setiap SHO perlu jalankan aktiviti OSH setiap masa walaupun bukan tugas hakiki mereka.Saya rasa majikan anda mesti berpuashati dan beruntung sekiranya anda mengambil inisatif memajukan syarikat menjalankan aktiviti safety untuk semua staff anda..Simpan rekod sebagai bukti.

      Delete
    4. Salam Tuan Rosly, Terima Kasih comment dan masa Tuan. Memang tepat suarakan hatiku… syarikat – syarikat yang saya berkhidmat dulu dan sekarang tiada minda atau hati yang berbuka untuk OSH… dalam sumber manusia atau HR syarikat, perkara OSH tidak boleh dibincangkan atau dalam SOP…sebab mereka takutkan denda atau extra cost jika terdedah, sedih … kadang-kala, memang hampir putus asal atau nak give up dah… namun demikian, saya akan terus berjuang sebab adalah rakan rakan seperti Tuan yang masih berusaha dan Berjaya dalam bidang OSH… saya akan kumpulkan semua safety log, OSH committee minute dan hadap kat DOSH untuk cuba dapatkan green book… akan cuba dapat masuk kat bidang OSH untuk berjuangkan a safe workplace for all… tq

      Delete
    5. Dear Mr Thomas,

      Good Job !! Moved !! Go for Safety !!..Frankly speaking...,memang ada segelintir majikan (tidak semua) yang masih tiada dalam hati mereka tentang Safety....Majikan sebegini sebenarnya 'majikan kejam'...sebab apa saya kata begitu sebab Majikan perlu menjaga "kebajikan dan keselamatan' pekerja mereka !!!..Majikan perlu lindungi pekerja..Oleh itu,aktiviti serta program safety perlu diamalkan oleh semua majikan di Malaysia kalau ingin terus maju....Oleh itu,safety practicioner semua yang ada,,TOLONG JALANKAN TUGAS ANDA !...Kena pastikan pekerja kita selamat,majikan kita mengamalkan keselamatan..SAFETY IS NO ACCIDENT !!!...

      Delete
  78. salam tuan Rosly.

    saya seorang lepasan STPM dan berminat dalam bidang SHO. akan tetapi, saya tidak tahu bagaimana hendak bermula dalam bidang SHO ini. adakah saya patut melanjutkan pelajaran dalam degree in osh di mana2 ipta? atau terus mengambil kursus 22 hari di NIOSH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Holson Dexter,

      Anda sebenarnya diberi pilihan dan ianya terletak kepada diri anda sendiri..Jika anda tanya saya,saya akan memilih untuk melanjutkan pelajaran di bidang OSH dimana-mana IPTA dulu sehingga peringkat yang lebih tinggi....itu adalah pandangan peribadi saya ..Sebab itulah saya mengambil Kursus SHO selama 22 hari kerana saya tiada kelulusan untuk memasuki IPTA....tkasih

      Delete
  79. Hi Encik Rosly, saya mempunyai Ijazah dalam Kejuruteraan Alam Sekitar dan saya telahpun ambil modul SHO sewaktu pengajian saya di Universiti. Perlukah saya menghadiri kursus NIOSH dari mula atau boleh dapat pengeculian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mr Povin Thiran,Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kerana anda telah memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Alam Sekitar...Anda sebenarnya telah mempunyai nilai tambah atau 'value added' dalam kehidupan anda..Untuk mendapatkan pertauliahan sebagai SHO,anda sebenarnya perlu menghubungi pihak NIOSH.Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat berkaitan status anda samada boleh mendapatkan pengecualian menghadiri kursus SHO.Tkasih

      Delete
  80. Salam tuan, saya berumur 41 tahun dan tiada pengalaman didalam bidang safety ini,tetapi berminat untuk menjadi seorang SHO, sekira saya mengambil safety course di NIOSH dan setelah tamat , adakah lagi syarikat2 yang ingin mengambil saya berkerja pada usia begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam En Zawawi Noran,
      Bidang Safety ini sebenarnya bukan sekadar seorang SHO semata-mata..Tapi begitu luas sepertimana komen-komen dari pengunjung dalam blog saya ini..Saya memang bermula dengan SHO,tapi kini lebih kepada bidang Consultant,Training & Auditor....boleh layari ke blog consultant saya di www.roysafety.blogspot.com untuk lihat aktiviti training saya...so,sebenarnya bidang OSH bukan untuk makan gaji semata-mata...,tetapi boleh menjadi usahawan OSH yang berjaya..terpulang kepada kita..Apapun,tahniah kerana meminati bidang OSH ini.

      Delete
  81. Slmat mlm tuan jika kita telah menghantar permohonan untuk menjadi sho ...berapa lamakah kita mengetahui keputusan dari pihak niosh..tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walter Alex,

      Keputusan dari pihak NIOSH saya tidak dapat pastikan kerana tuan perlu menghubungi pihak NIOSH....Tkasih

      Delete
  82. Salam Tuan Rosly. Saya nak tanya bagi pihak suami saya, Suami sy bekerja sebagai Polis Bantuan Selama lebih dari 6 tahun dan dia memang minat dalam bidang keselamatan nie.. maaf nak tanya OSHA dengan NIOSH sama ke?? Pendaftaran Rm3200 tue tuk sekali byr ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Puan Lynn,
      Syabas kerana suami puan berminat mengikuti bidang Safety ini...berkaitan soalan ini,saya terangkan serba sedikit...OSHA dengan NIOSH memang tak sama dan macam periuk dengan belanga,tetapi duduk ditempat yang sama iaitu di dapur...
      *OSHA = Occupational Safety Health Act (Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)..@ OSHA = undang2 yang berkaitan keselamatan
      *NIOSH = National Institute Of Occupational Safety & Health (Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara)...@ NIOSH = Pusat Latihan berkaitan keselamatan di tempat kerja..Itu yang membezakan OSHA dan NIOSH...Pendaftaran RM3200 itu biasanya dibayar sekali pada hari pendaftaran...Duit peperiksaan dibayar sebelum ambil exam...Harap penerangan saya ini jelas.Tkasih

      Delete
  83. Salam encik. Soalan saya:
    1)Adakan sijil sho itu akan dapat pada tepat hari ke-22 itu?
    2)Sekiranya tidak mengambil exam 4 paper tu, adakah sijil itu sentiasa valid? Ataupun valid sampai berapa tempoh atau tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Cik Feqa Shazwani,
      J1) Sijil kehadiran Kehadiran Kursus SHO tak semestinya dapat tepat pada hari ke 22..
      J2) Selagi tidak mengambil exam 4 paper,sijil memang valid..Tapi kalau sudah mengambil mana-mana exam SHO,sijil itu valid selama 2 tahun dari tarikh anda mengambil mana-mana exam (paper 1,2,3 or 4).Apapun,sila rujuk kepada NIOSH untuk lebih lanjut atau sebarang perubahan terkini berkaitan validity sijil tersebut.

      Delete
  84. Golongan wanita ramai ke tidak menceburi bidang SHO? Saya sekarang berada di tahun akhir diploma HR dan bercadang untuk mengambil kursus SHO.. Encik boleh bagi pendapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Naja Izzati,

      Bidang SHO terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira jantina.Golongan wanita memang dah ramai yang menceburi bidang OSH ini dan ianya bukan menjadi suatu masalah.Tkasih

      Delete
  85. Suami sy merupakan seorang safety supervisor d sbuah company... telah mgikuti kursus SHO 22 hr d niosh pd december 2012... tp x hbis lg exam rasanye.. adakah perlu mgikut semula kursus 22 hr tsebut...? Sbb dh lbh 2 thn.. skrg sdg mnuntut d OUM dlm degree occupational safety and health. Adakah itu mbantu... hrp encik beri tunjuk ajar... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assallamualaikum Puan Shereen,
      Sekiranya suami puan telah mengambil mana-mana paper exam SHO,beliau perlu menghabiskan kesemua 4 paper exam tersebut dalam tempoh 2 tahun.Sekiranya gagal menghabiskan dalam tempoh 2 tahun,suami puan perlu mengikuti semula kursus SHO 22 hari tersebut.Oleh kerana beliau sedang menyambung study di OUM dalam bidang yang sama,saya tidak pasti status SHO beliau..Beliau perlu bertanya pihak pengurusan OUM samada boleh mendapat Green Book SHO atau tidak setelah mendapat degree in OSH nanti.Tkasih

      Delete
  86. trima kasih atas sharing info yg sgt bguna bagi org2 yg bminat sgt mengenai osh,tuan sy suda pn mgambil klas 22 tetapi sy gagal mengikut peperiksaan disebabkan kptusan spm sy pd subjek matematik x kredit,dengan sijil drpd institut latihan kementrian kesihatan mlaysia pn sy xlayak memohon sdgkn niosh mnyatakn syarat sijil2 yg sm taraf dgn spm,tetapi sijil dri pada institut latihan kementrian kshtan mlysia lbh tggi dripd spm...sy brasa sgt kcwa,adaka cara lain selain mengulang spm utk mengikuti peperiksaansho? mohon nasihat drpd pihak tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Terimakasih dan tahniah kerana meminati bidang OSH dan saya amat menyokong penuh untuk sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini.Berkaitan permasalahan tuan,saya cadangkan agar pihak tuan terus berhubung dengan pihak NIOSH samada merayu atau ada prosedur lain yang perlu dipatuhi berkaitan peperiksaan SHO ini.Saya tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana diluar bidang kuasa saya.

      Delete
  87. Tuan,
    Saya ada soalan. Pengalaman 3 tahun dalam bidang berkaitan maksud perlu kerja dalam safety ke? Jika saya adalah committee safety member dalam company untuk wakil company diambil kira atau tidak? Jika diambil kira apakah laporan atau dokumen yang perlu saya sediakan? Jika tidak diambil kira saya perlu tukar department atau tukar company lain. Cuma masalah pada saya tiada pengalaman kerja dalam safety.

    Maaf bertanya sebab saya sedang dalam kursus sho as partimer.
    Segala balas dan jawapan tuan diucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Larryryu,

      Pengalaman kerja selama 3 tahun perlu berkaitan dgn Safety walaupun anda cuma seorang Safety Committee.Ini penting kerana untuk daftar SHO@Green Book di DOSH nanti,pengalaman 3 tahun amat diperlukan.Jadi,kumpulkan semua dokumen,data,aktiviti,program,audit,inspection,lapuran harian,bulanan,mingguan serta tahunan dan simpan sebagai rujukan untuk anda nanti.Rujukan atau 'evidence' ini SANGAT PENTING kerana ianya merupakan bukti bahawa anda memang berpengalaman dalam bidang safety.Anda boleh pergi jauh dibidang safety ini dengan syarat mesti rajin,berusaha,rajin bertanya,tanamkan minat,jangan give up dan sentiasa BELAJAR,BELAJAR dan TERUS BELAJAR...saya sekarang juga masih terus belajar..Untuk lapuran yang perlu anda buat,rujuk aktiviti harian,mingguan,bulanan serta tahunan yang saya tulis dalam blog saya ini....Moga anda terus berjaya dalam bidang OSH ini..Terimakasih

      Delete
  88. Tuan, saya baru habis belajar Diploma dengan jayanya dalam pengajian perniagaan(business study), tapi SPM Matematik dan Bahasa Inggeris hanya mendapat D.....bolehkah saya mengikuti kursus ini????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahir Madara,

      Cuba mohon menggunakan Diploma anda untuk mengikuti Kursus SHO ini..

      Delete
  89. Assalamualikum en rosly..syukur alhmdullah selepas sya baca blog en ni,,baru rasa terbuka minda untk kearah kerjaya.. Skrg saya betol2 buntu dalam mencari kerjaya untuk masa depan saya.. Sya pelajar ijazah dalam bidang Pengurusan Pembangunan..saya sudah pun tamat belajar 3 bulan lalu,.cita2 saya nak mencaburi bidang constraction..tetapi disebabkan bidang ijazah yang saya ambik ini buakn direct dalam bidang engeneering itu menyebabkan saya tidak diambil kerja (Sbb kalau nk msk syrikat pembinaan kena ada kelulusan dlm bidang engineering). Tetapi kos yang saya ambik itu ada la juga kena mengena sikit2..tetapi saya tidak diberikan peluang..Dah bnyak tempat sy apply..bukan saya nk jawtan tinggi pun...saya sekadar mohon jawatan sebagai junior site supervisor dan Site supervisor jew,..Sbb sy tahu saya masih tiada pengalaman dalam bidang ni..sbb tu sy mohon jawatan rendah2 jew buat permulaan,,tetapi itu pun saya masih tidak diberikan peluang.. Jadi bila saya terbaca blog en rosly ini,,Saya rasa masih ada cara untuk saya masuk ke sektor construction ni iaitu melalui SAFETY HEALTY OFFICER kt tapak projek..

    Jadi apakah cara yang saya perlu lakukan sekarang,,,untuk menjadi seorang SHO dengan kelulusan yang xserapa yang sy miliki sekrg ini? boleh x en rosly luangkan sedikit masa untuk menjelskan kepada sy tentg step2 yang perlu saya lakukan untuk menjadi SHO. Saya betol2 memerlukan penjelasan secara detail daripada encik..Saya akan gunakan cadagan yang en rosly berikan ini sebagai langkah permulaan untuk kejayaan masa depan saya, (Setelah gagal mendapatkan kerja Dengan ijazah yang ada) hahaha,,

    Semoga Dengan perkongsian En rosly berikan kepada saya ini akan diberkati oleh allh s.w.t dan saya doakan en rosly akan sentiasa dilindungi dan mendapat rezki yang lebih baik daripada allah s,w,t, Kerjasa encik amat saya hargai. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam En Jai Ho,
      Semua orang memang tiada pengalaman dalam bidang safety termasuk diri saya sendiri.Oleh itu,sesiapa sahaja boleh menceburi bidang Safety dengan ini dengan syarat mereka betul-betul berminat,bersungguh-sungguh untuk belajar dalam bidang Safety,niat untuk membantu orang lain dan bersedia untuk berkorban masa,wang ringgit,tenaga bagi memastikan Safety diletakkan ditempat yang utama..memang saya akui,halangan dan rintangan akan sentiasa menanti tetapi,ianya bergantung kepada mereka yang menghadapinya...Untuk menjadi SHO,anda perlu memohon melalui NIOSH atau Kursus SHO yang ditawarkan oleh pusat latihan sepertimana iklan yang saya lampirkan dalam blog ini.Baca soal jawab dalam blog ini untuk step-step menjadi SHO..Selepas menghadiri Kursus SHO ini,anda perlu fokus,fokus dan fokus untuk berjaya dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..Untuk pengetahuan,dalam kelas SHO saya dulu,hanya saya dan 3 atau 4 orang sahaja yang terlibat dalam bidang Safety..Selebihnya 20 orang yang lain tidak langsung terlibat dalam dunia safety dan beralih kepada kerjaya lain atau terus meneruskan kerjaya sedia...So, kalau nak terjun dalam bidang safety,perlu ada jatidiri dan sentiasa bersemangat untuk membantu diri sendiri serta orang lain..Terimakasih..Moga berjaya.

      Delete
  90. Salam cik rosly..sy ade dua soalan...
    1)kalau failed mne2 paper..brpe kos yg prlu dibayar
    2)mne lg ok..ambk yellow book dlu ke atau trus ambk kursus sho ni..sbb sy lgsg xde pnglaman dan kalau ade rezeki sy nk ambk kursus ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Jakpa,

      J1) Bayaran sekiranya failed mana-mana paper adalah bergantung pada paper mana yang anda failed kerana harga setiap paper berbeza..Rujuk NIOSH untuk maklumat lanjut kerana saya tiada senarai harga tersebut.
      J2) Kalau tanya saya,saya ambik SHO dulu...sebab saya nak masuk,nak belajar dan cari ilmu safety dalam semua bidang industri....

      ** Ini pandangan peribadi saya *

      Delete
  91. Salam cik rosli..nak tnye..ape beza ambik kos sho kt niosh dan puspatri...

    ReplyDelete
  92. Salam cik rosly..sori sbb banyak tnye..huhu..nk tnye ape beza sho dan sho modular?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En Jakpa,

      J1) Kos SHO boleh dihadiri dimana juga pusat latihan yang diiktiraf oleh NIOSH atau DOSH samada di NIOSH,Bangi atau lain-lain pusat latihan..Tiada sebarang perbezaan,cuma exam kena ambil di NIOSH..
      J2) Kursus SHO terbahagi kepada 3 jenis / pilihan untuk anda pilih:_
      a) SHO Full time (Hadir selama 22 hari belajar semua 4 modul)
      b) SHO Part Time (Hadir setiap hujung minggu sebanyak 22 kali belajar
      semua 4 modul)
      c) SHO Modular (Hadir modul 1 dalam bulan ini selama 5 hari...bulan seterusnya 4 hari utk modul 2,..dan seterusnya sehingga abis 4 modul tersebut)..

      Semua jadual Kursus SHO bergantung kepada pihak NIOSH yang sediakan dan bukan ikut waktu dan jadual kita..Rujuk laman web NIOSH untuk maklumat lanjut.
      Tkasih

      Delete

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com